Wednesday, November 20, 2024

Creating liberating content

Petugas Media Terima Vaksin...

KUALA LUMPUR - Kumpulan petugas media negara akan mendapat suntikan vaksinasi COVID-19, bermula...

PPJ Mahu Jadikan Putrajaya,...

PUTRAJAYA - Putrajaya yang sinonim sebagai wilayah pentadbiran kerajaan pusat bakal dimajukan sebagai...

Sesak 8 Kilometer Angkara...

IPOH - Pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) terpaksa berdepan kesesakan trafik sejauh 8...

Warga Emas Hilang Ditemui...

SEREMBAN - Mayat seorang lelaki berusia 65 tahun yang dilaporkan hilang sejak lebih...

JDT Akui Musim Depan Laluan Berliku

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakui pasukan itu bakal berhadapan cabaran getir untuk mengekalkan kejuaraannya pada musim depan.

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim berkata, banyak kelab serta persatuan lain kini turut berbelanja besar untuk memperhebatkan pasukan masing-masing.

“Musim 2016 pastinya merupakan musim yang lebih sukar dan mencabar berbanding sebelumnya kerana banyak kelab serta persatuan sudah mula dilihat berbelanja besar,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ismail bagaimanapun memberi jaminan kepada penyokong Harimau Selatan, PBNJ akan memastikan JDT tetap mampu bersaing bersama kelab-kelab dan persatuan bola sepak kaya walaupun ia tugas yang sukar.

Justeru, kata beliau, bajet PBNJ mesti diuruskan dengan berhemah bagi memastikan kelangsungan kelab tersebut terus berdaya saing.


Kata beliau, pasukan bola sepak kaya di Malaysia termasuk Pahang, Terengganu, Felda United dan Selangor.

“Pastikan anda sebagai penyokong turut kekal memberikan sokongan tidak berbelah bahagi,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori