JKDM Giat Laksana Usaha Kecilkan Jurang Hasil GST, SST

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan menggerakkan usaha untuk mengecilkan jurang perbezaan hasil antara cukai barang dan perkhidmatan (GST) dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri T.Subromaniam.

Beliau berkata pihaknya juga akan mencari tambahan RM3 bilion daripada ketirisan hasil import eksport negara.

Subromaniam berkata ia adalah antara janjinya kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika mengadakan pertemuan pertamanya dengan Lim sejak dilantik menerajui Kementerian Kewangan.

“Orang ramai tahu jurang pendapatan menerusi SST rendah berbanding GST, dan JKDM akan mencari pertambahan pendapatan,” katanya dalam Program ‘Breakfast Talk Integriti’ yang bertemakan Membanteras Ketirisan Hasil Negara di sini hari ini.

Subromaniam adalah antara tiga panel program itu yang turut disertai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil dan Presiden Transparency International Malaysia Datuk Akhbar Satar. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin merupakan moderator program itu — LAGI

Subromaniam berkata dalam pertemuan mereka, Lim bertanyakan mengenai pendapatan GST dan berapa banyak hasil dari SST dijangka dapat dikumpulkan.

“Saya berkata ada jurang. Menteri berkata bagaimana cara hendak menampung jurang itu. Beliau (Lim) turut menanyakan berapa banyak kehilangan hasil cukai, namun angka-angka itu tidak boleh didedahkan. Oleh itu, Lim meminta JKDM mengatur strategi bagi menampung kehilangan hasil daripada pemansuhan GST,” katanya.

Lim sebelum ini mengumumkan cadangan SST akan dikuatkuasakan pada kadar 10 peratus untuk jualan dan enam peratus untuk perkhidmatan, apabila rang undang-undang berkenaan cukai itu dijangka diluluskan di Parlimen bulan depan.

SST akan menggantikan GST yang mula diperkenalkan pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus.

Subromaniam berkata beliau akan mengeluarkan keputusan polisi dalam masa terdekat ini tentang langkah seterusnya dalam memantapkan lagi serta menambah hasil negara.


Pada forum berkenaan, Subromaniam berkata kerajaan sentiasa menekankan kepada tadbir urus yang baik, kompetensi, akauntabiliti, ketelusan serta tiada ruang untuk salah guna kuasa dan rasuah.

Menurutnya, pada pertemuan dengan Lim, beliau mengakui bahawa JKDM merupakan agensi yang terdedah dengan salah guna kuasa dan rasuah, serta mempunyai masalah integriti.

“Kita perlu mengakuinya sebab kalau kita selindungnya, kita tidak akan menjumpai jalan penyelesaiannya.

“Kastam sering dituduh sebagai agensi berdepan dengan salah guna kuasa dan rasuah. Tuduhan itu memang ada kebenaran. Saya tidak menafikan,” katanya.

Diminta mengulas mengenai isu barang kemas yang dikaitkan dengan isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor selepas program itu, Subromaniam yang enggan mengulas lanjut berkata kes itu masih disiasat oleh pihak Kastam.

“Bukan hari ini…..Kami masih menyiasat,” katanya.

Bulan lepas, sebuah syarikat pemborong barang kemas di Lubnan memfailkan saman terhadap Rosmah di Mahkamah Tinggi menuntut isteri bekas perdana menteri memulangkan kembali 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya untuk dipilih atau membayar barang kemas berkenaan berjumlah AS$14.79 juta (RM59.831 juta). – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...