Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘African Scam’ Rekod Kerugian...

MELAKA - Sebanyak 78 kes kes penipuan 'African Scam' dan 'Love Scam' melalui...

Rangka Kerja Pendaftaran Ganja...

Kerajaan akan memperkenalkan rangka kerja untuk pendaftaran produk berasaskan kanabidiol (CBD), bahan aktif...

Hakim Tarik Diri Dengar...

KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi hari ini menarik diri daripada mendengar permohonan...

Manchester City Tersingkir, Rebah...

MANCHESTER- Patrick Bamford dan Kike muncul wira Middlesbrough apabila membantu kemenangan 2-0 ke...

Johor Port Rangkul Tiga Anugerah Utama

KUALA LUMPUR : Johor Port Bhd merangkul ‘Anugerah Syarikat Paling Berpengaruh di Asia’ pada Anugerah Kecemerlangan dan Kemampanan Korporat Asia (ACES) 2021 dan Anugerah Kecemerlangan Industri bagi Sektor Perkhidmatan di bawah Kategori 4, serta Anugerah Perdana Menteri baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Md Derick Basir berkata pelabuhan itu telah mengambil pelbagai inisiatif untuk berinovasi dan menjadikan Pelabuhan Johor sebagai salah satu daripada pelabuhan pelbagai guna paling cekap di rantau ini.

“Anugerah ini adalah bukti kemampuan kami dalam memahami dan menampung keperluan pasaran serta dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti tinggi,” katanya dalam satu kenyataan sambil menambah Anugerah Perdana Menteri itu merupakan penganugerahan tertinggi pada majlis anugerah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Md Derick berkata meskipun tahun yang amat mencabar bagi mereka akibat pandemik COVID-19, Johor Port terus beroperasi secara optimum tanpa sebarang gangguan terhadap aktiviti import, eksport dan logistiknya.

Beliau berkata Johor Port mengekalkan unjuran pertumbuhan volum keseluruhan tahun ke tahun sebanyak satu peratus pada 2021.


Pelabuhan itu juga melancarkan pelan penambahbaikan operasi terminal kontenanya yang memfokuskan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan limbungan.

Ini telah menghasilkan pergerakan kasar sejam (GMPH) yang lebih baik sebanyak 25 kren berbanding GMPH sebanyak 22 kren sebelum ini.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori