JPAM T’ganu Latih 3,000 Anggota Bagi Hadapi Bencana Banjir

KUALA NERUS – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu kini giat melatih kira-kira 3,000 anggota sukarela dan pegawai bagi menghadapi kemungkinan bencana banjir melanda negeri ini.

Pengarahnya, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata pihaknya sentiasa bersedia dan meletakkan kesemua kekuatan dan aset dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi bencana alam yang saban tahun melanda beberapa daerah di negeri ini.

Katanya pelbagai latihan sejak awal September lalu telah dilaksana membabitkan anggota sukarela jabatan di semua daerah dan antara latihan yang difokuskan ialah menyelamat di air, pengendalian bot dan pelbagai latihan pertolongan cemas.

“Selain itu, kita turut mendedahkan mereka dengan kursus pengurusan bencana dan peranan di pusat pemindahan bagi melancarkan sistem operasi ketika banjir melanda di sesuatu kawasan dan menjadi kumpulan sokongan kepada agensi yang lain.

“Kita yakin kekuatan ini mampu untuk membantu dan bergerak seiring dengan jabatan yang lain dan kita mampu menggerakkan seramai 100 anggota dalam tempoh empat jam jika bencana itu melanda,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurut beliau pihak JPAM turut menggalakkan JPAM di setiap daerah melakukan latihan di peringkat daerah masing-masing seperti latihan kemahiran menyelamat dan memindahkan mangsa banjir pelbagai kategori seperti warga emas, obesiti, bayi dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Selain itu JPAM di setiap daerah juga turut diminta mengemas kini senarai pusat pemindahan di daerah masing-masing selain sentiasa memantau laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) bagi mengetahui pasang surut air, kadar taburan hujan dan paras semasa air sungai.

Che Adam berkata sekiranya kejadian banjir besar atau luar biasa berlaku di negeri ini, pihaknya akan mengikut prosedur standard operasi (SOP) iaitu akan memohon bantuan daripada JPAM negeri dan daerah berdekatan.

Jelasnya pihaknya juga akan sentiasa bekerjasama dengan jabatan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan sebagainya bagi melicinkan operasi membantu dan menyelamat.


“Berdasarkan pengalaman lalu, banjir besar ini sering melanda di kawasan-kawasan pedalaman seperti Hulu Dungun dan Kemaman jadi kita akan minta bantuan daripada daerah terdekat jika kekuatan itu tidak mampu menampung keperluan di kawasan tersebut.

“Kita juga akan meletakkan anggota kita bersama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pemimpin kampung untuk sama-sama bertindak bagi memberikan bantuan kecemasan dan pertologan kepada mangsa banjir,” katanya.

Sebanyak 30 buah bot, tujuh buah lori tiga tan, 12 ambulans, enam buah kenderaan pelbagai guna akan digerakkan pihak JPAM negeri sekiranya perlu.

Menurut Che Adam ketika ini pihaknya juga sedang menunggu serahan dari Lembaga Tabung Haji yang menyediakan bot beserta enjin bagi digerakkan ketika bencana tersebut.

“Ini pertama kali Lembaga Tabung Haji melibatkan diri dengan menyediakan bot serta enjin bagi membantu mangsa banjir dan kita masih menunggu proses tersebut dan kita amat galakkan inisiatif yang dilakukan ini,” katanya. – BERNAMA

 

 

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

4,087 Kes Baharu, 29 Lagi Kematian

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,087 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24...

Bekas Jurutera JKR Kulaijaya Lepas, Bebas Tuduhan Rasuah

PUTRAJAYA: Bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Kulaijaya menangis teresak-esak selepas Mahkamah Rayuan...

Kingpin Diberkas, Polis Rampas Dadah RM10.13 Juta

SHAH ALAM: Kegiatan satu sindiket menjadikan sebuah rumah kedai di Bukit Puchong sebagai makmal...

Lelaki Warga India Pulang Ke Mumbai Dari Afrika Selatan Positif COVID-19

NEW DELHI: Seorang lelaki India berusia 32 tahun yang tiba di Mumbai dari Afrika...

Hem Sebagai Sumber Fiber

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan melaksanakan kajian rintis hem, iaitu...

Perkhidmatan JPJ Seluruh Malaysia Masih Seperti Tahun 80-an

SHAH ALAM: Mutu perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa ketinggalan zaman kerana masih mengamalkan...

KKM Tingkat Pengawasan Genomik Di Pintu Masuk Antarabangsa

SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KMM) akan meningkatkan pengawasan genomik di pintu-pintu masuk antarabangsa untuk...