Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

32 Wanita Hamil ‘Haram’...

PHNOM PENH - Seramai 32 wanita warga Kemboja ditahan hari ini, kerana disyaki...

Calon BN Melaka Mampu...

MELAKA - Calon Barisan Nasional (BN) Melaka yang bakal bertanding pada Pilihan Raya...

Foto Anjing Pakai Baju...

PERLAWANAN Piala Sumbangsih yang berlangsung pada Sabtu menyaksikan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya menewaskan...

Tuanku Muhriz Berkenan Rasmi...

JEMPOL - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan merasmikan...

Kampung Sempadan Dipilih Hab Perabot Nasional

TEMERLOH – Kampung Sempadan di sini dipilih sebagai hab pembuatan perabot nasional menerusi pelaksanaannya pada tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Beliau berkata keputusan untuk mewujudkannya di Kampung Sempadan telah dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kabinet, baru-baru ini.

“Pelaksanaannya akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan mengubah landskap di Temerloh khususnya di Lanchang yang selama ini sudah terkenal sebagai antara Taman Pengeluaran Makanan terbesar negara,” katanya.

Mohd Sharkar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang berkata demikian semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat yang dihadiri Najib di Estet Ikan Paya Kampung Chempaka di sini, hari ini.

Pada ucapannya, beliau juga berterima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan Jambatan Temerloh laluan kedua, yang kini dalam proses reka bentuk untuk kemudahan penduduk dan pelancong yang datang ke sini.

Mohd Sharkar seterusnya memaklumkan bahawa kunjungan perdana menteri hari ini merupakan lawatan yang keempat dan sepertimana kunjungan terdahulu, pelbagai projek untuk kebaikan rakyat akan dipertimbangkan dan diluluskan.

“Sebelum ini beliau sudah luluskan pembinaan beberapa buah masjid termasuk Masjid Kampung Chempaka dan juga telah meluluskan pembinaan dewan baharu Sri Lanchang yang bernilai RM3 juta,” katanya.


Mohd Sharkar bagaimanapun berharap perdana menteri dapat mempertimbangkan projek menaik taraf Loji Air Mempaga, dekat sini bagi mengatasi masalah air yang sering dihadapi penduduk sekitar Lanchang.

Katanya, penduduk di situ mendapat bekalan air dari Loji Lubuk Kawah di Temerloh dan jika berlaku kebocoran, mereka akan mengalami masalah air antara sehari hingga ke dua hari untuk bekalan air kembali pulih.

“Ini menimbulkan keresahan kepada penduduk di sini dan saya mencadangkan supaya Loji Mempateh yang membekalkan air ke Kampung Chempaka dan dua Felda iaitu Lakum dan Bukit Damar dapat juga membekalkan air ke kawasan lain di Lanchang.

“Ini boleh mengurangkan kebergantungan kepada Loji Air Lubuk Kawah yang banyak menyalurkan air ke kawasan sekitar daerah Temerloh,” katanya. – BERNAMA

Kategori