Sunday, November 17, 2024

Creating liberating content

Tanah Jerlus: Anggota Bomba...

KUALA LUMPUR : Anggota bomba yang bertugas dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa...

Malaysia Hargai Pengorbanan Askar...

SEPANG — Operasi Te Auraki Operation yang berakhir hari ini merupakan peristiwa penting...

“Ada Tak Orang Nak...

DI KALA kanak-kanak sebaya bergembira dengan dunia mereka, seorang gadis kecil terpaksa memikul tanggung...

Rusuhan Di Subang Hanya...

KAJANG - Insiden rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25,...

Karnival Jualan Mega 2017 Kembali Di Perak

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama negeri Perak akan menganjurkan Karnival Jualan Mega (KJM) 2017 bermula pada 22 hingga 26 Nov ini di Bulatan Amanjaya, Ipoh di Perak.

Sekretariat KJM 2017 berkata karnival ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada pengguna berbelanja pada harga berpatutan, merancakkan lagi kegiatan ekonomi dan perniagaan domestik serta memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali peranan KPDNKK dan agensi seliaannya.

KJM yang juga ‘signature event’ KPDNK telah dilaksanakan buat pertama kalinya di Johor Bahru pada tahun lepas dan mencatat jumlah jualan hampir RM11 juta.

Pemilihan Perak sebagai lokasi pada kali ini adalah bersempena sambutan Tahun Melawat Perak serta memandangkan kedudukannya yang strategik membolehkan pempamer utama di sekitar Lembah Klang, Selangor dan Pulau Pinang untuk turut serta.

Antara pengisian program karnival itu adalah karnival jualan bersepadu, karnival trak makanan, karnival pameran auto, pameran dan gerai jualan, latihan dan konsultasi, hiburan dan infotainment, konsert dan persembahan artis tanah air.


Selain itu, KJM 2017 turut membawa konsep yang menggabungkan beberapa program berimpak tinggi inisiatif KPDNKK menerusi satu jenama antaranya Sambutan Hari Francais Kebangsaan, Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan, Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dan Kempen Back To School.

Antara pempamer yang mengesahkan penyertaan mereka adalah AEON Co, AEON Big, TESCO, LULU Hypermarket serta jenama terkenal seperti Munchys, PTS Bookstore, Cotton On, Petronas, yang turut menawarkan potongan harga hingga 70 peratus. – BERNAMA

Kategori