Tuesday, December 17, 2024

Creating liberating content

Video: Lagi Kes Curi...

KEDAI dobi layan diri memang dijadikan pilihan kebanyakan warga kota kerana ianya memudahkan...

Miranda Julang Brazil Di...

JEDDAH - Pemain pertahanan, Miranda menjaringkan gol pada masa kecederaan bagi memastikan Brazil...

Bersama Mengupaya Golongan Kurang...

JOHOR BAHRU - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berharap masyarakat tidak...

Pejabat Kebajikan Cari 2...

KUALA LUMPUR - Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat meminta dua ibu kandung...

Kastam Johor Tumpaskan Penyeludupan Rokok

JOHOR BAHRU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menumpaskan penyeludupan rokok putih pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM3.6 juta termasuk cukai dalam serbuan di kawasan kebun kelapa sawit, di Jalan Mersing-Kota Tinggi, Sungai Ambat dekat Mersing, hujung bulan lepas.

Pengarah Kastam Johor, Datuk Mohammad Hamiddan Maryani berkata kesemua rokok itu membabitkan 649 kotak berjumlah 6.4 juta batang rokok sekali gus merupakan rampasan terbesar dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, di negeri ini.

“Bertindak atas maklumat dan risikan selama tiga bulan, sepasukan pegawai kastam menyerbu kebun kelapa sawit itu pada kira-kira 11 pagi, 30 April lepas, lalu menemukan sebuah kontena berukuran 20 kaki dipercayai dijadikan sebagai tempat penyimpanan sementara rokok putih berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohammad Hamiddan berkata kesemua rokok tersebut membabitkan pelbagai jenama termasuk Email, Luckman, Luffman, Canyon dan John White bernilai RM769,200 dan cukai berjumlah RM2.9 juta.

Beliau berkata kesemua rokok itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran melalui jalan laut dan didaratkan di persisiran pantai sebelum diangkut serta disimpan di kebun kelapa sawit berkenaan.

Menurutnya, rokok itu dipercayai untuk edaran di negeri ini, Kuala Lumpur dan pantai timur Semenanjung.


Katanya, selain rokok, pihaknya turut menyita sebuah kenderaan Honda Jazz dipercayai digunakan untuk mengangkut rokok tersebut bagi tujuan edaran.

“Tiada tangkapan dilakukan dan kesemua barangan rampasan termasuk kenderaan berkenaan dibawa ke pejabat JKDM Mersing untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya. – BERNAMA

Kategori