Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Gunung Agung: KPT Siap...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) siap siaga untuk memindahkan seramai 139...

Kesian, Mungkin Beraya Di...

Melaka - Seorang murid lelaki mungkin terpaksa berhari raya di dalam wad hospital...

Pembahagian Tanah Peneroka, Peserta...

Gua Musang : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan pembahagian tanah peneroka...

Apabila Si Bodoh Cuba...

NAMPAKNYA usaha pihak antikerajaan memutar belit fakta sudah sampai kepada tahap 'bodoh sombong'...

Keadaan Di Putrajaya Tenang Tanpa Pergerakan Luar Biasa

PUTRAJAYA – Keadaan di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan di sini hari ini tenang dengan orang ramai memanfaatkan cuti hujung minggu beriadah bersama keluarga.

Tinjauan Bernama mendapati kawasan sekitar Dataran Putra yang menempatkan Masjid Putra selain bangunan Perdana Putra iaitu Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terus dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara yang mahu merakam gambar kenangan.

Malah tidak kurang juga warga tempatan yang berbasikal dan joging di sekitar kawasan berkenaan sejak awal pagi.

Selain itu, tinjauan di sekitar kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana juga mendapati keadaan tenang tanpa sebarang pergerakan luar biasa.


Bagaimanapun, dua balai polis bergerak ditempatkan masing-masing di Dataran Putra dan Seri Perdana untuk memantau keadaan susulan laporan terdapat pihak merancang mahu melakukan perhimpunan tanpa permit di kawasan tersebut hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rasly Hassan berkata pihaknya enggan menempatkan ramai anggota di kedua-dua kawasan tersebut kerana tidak mahu ia mencetuskan panik di kalangan orang awam.

“Selain itu, ramai anggota dan pegawai polis berada dalam keadaan siap sedia untuk digerakkan jika berlaku kejadian tidak diingini,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori