Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

TPM Tandatangani Buku Takziah...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menandatangani...

Pemuda Aswara ‘Boyfriend’ Baru...

BELUM sampai setahun kembali solo sejak 7 April lalu, Datuk Seri Vida (DSV)...

Najwa Pilih Jejaka Berketurunan...

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Najwa Mahiaddin yang dilaporkan telah selamat mengikat tali pertunangan...

Keuntungan Bersih Astro Naik...

KUALA LUMPUR - Keuntungan bersih Astro Malaysia Holdings Bhd untuk suku keempat berakhir...

Keldai Dadah India Ditahan, Rampas 10kg Ketamin

KUALA TERENGGANU – Cubaan seorang lelaki warga India, dipercayai keldai dadah, untuk membawa masuk 10 kilogram dadah jenis ketamin bernilai RM700,000 gagal selepas ditahan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini, semalam.

Taktik suspek berusia 37 tahun untuk menyorok dadah berkenaan dalam timbunan kain sari dalam bagasinya berjaya dikesan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu selepas melakukan pemeriksaan terhadap bagasi itu pada pukul 8.55 pagi.

Pengarah Kastam negeri, Aidid Tajuddin berkata suspek itu tiba di sini pada pukul 7.30 malam, Jumaat, menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Bengaluru, India dan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ke LTSM pada hari yang sama.

Bagaimanapun, bagasi suspek itu tiba di LTSM lewat sehari iaitu pagi semalam.

“Suspek cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan menyorok dadah berkenaan dalam ruangan khas bagasi di sebalik timbunan 29 pasang kain sari yang didakwa untuk dijual,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Aidid, hasil siasatan juga mendapati suspek telah tiga kali masuk ke negara ini bermula Januari hingga Mac melalui KLIA dan kali pertama tiba di Terengganu.


Suspek dipercayai akan menetap dalam tempoh dua hingga tiga hari dengan menerima upah sekitar RM700, malah dadah yang dibawa masuk itu untuk pasaran dan dikilangkan di negeri lain, katanya.

Beliau berkata Terengganu hanya menjadi transit sahaja dan kes tersebut merupakan kes pertama melibatkan rampasan dadah di LTSM tahun ini.

“Suspek kini ditahan reman selama 12 hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

Kategori