Thursday, January 9, 2025

Creating liberating content

Jenazah Hasbullah Awang Selamat...

JENAZAH Allahyarham Datuk Hasbullah Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Kemuning,...

Sistem Rawatan Air M’sia...

COX’S BAZAR (Bangladesh) - Sekurang-kurangnya 30,000 etnik Rohingya di kem pelarian yang terletak...

Upin & Ipin, Watak...

SEBUT sahaja Upin & Ipin, pasti ramai kanak-kanak di luar sana tahu. Dua...

Pemasangan 16 Kamera Robotik...

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 kamera robotik dipasang, masing-masing sembilan di Dewan Rakyat...

Kenaikan Kadar Fi Lesen Kenderaan Motor Adalah Palsu

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini berkata maklumat yang tersebar luas melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp berhubung kenaikan kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) adalah tidak tepat dan palsu.

Dalam satu kenyataan, JPJ menafikan terdapat pengumuman tentang kenaikan kadar fi LKM yang melibatkan semua jenis kenderaan 880cc ke atas, bermula Januari tahun depan.

Kenaikan Kadar Fi Lesen Kenderaan Motor Adalah Palsu

“Jabatan ini memandang serius isu kenaikan kadar fi LKM kerana ia boleh menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat awam,” katanya.


JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan mempercayai mesej melalui media sosial dan aplikasi Whatsapp yang tidak mempunyai sumber sah.

“Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan orang awam dinasihatkan untuk merujuk terus kepada jabatan ini dan tidak turut serta menyebarkan maklumat palsu,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori