Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Kini Kembung Di Kuala...

KUALA KEDAH – Kini harga kembung di Kuala Kedah dijual pada harga RM4...

Warga Istana Negara Sembah...

KUALA LUMPUR - Warga Istana Negara merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli...

Mahathir Akui DAP Paling...

BONGKAR... Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya mengakui DAP memainkan peranan penting dalam tentu...

Penyokong Trump Boikot Starbucks...

WASHINGTON DC - Langkah Starbucks menerima 10,000 pelarian untuk bekerja di cawangannya di...

Kerajaan Lanjut Kontrak CEO MRT Selama 2 Tahun

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Datuk Seri Shahril Mokhtar akan terus menerajui syarikat sehingga 31 Dis, 2018, setelah kerajaan melanjutkan kontraknya selama dua tahun.

Pengerusi MRT Corp Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kerajaan mengiktiraf usaha Shahril memimpin MRT Corp dengan baik.

“Kerajaan telah membuat keputusan bahawa kepimpinan berterusan Shahril dalam MRT Corp diperlukan untuk melihat kedua-dua fasa Laluan SBK (Laluan Sungai Buloh-Kajang) mula beroperasi pada Disember tahun ini dan Julai tahun depan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ali berkata pembinaan Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) akan rancak dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan pengalaman Shahril akan memastikan cabaran yang dihadapi pada peringkat awal pembinaan diatasi.


 Majlis pecah tanah bagi Laluan SSP itu dijadual berlangsung pada akhir Ogos 2016.

 Shahril menerajui MRT Corp pada 1 Jan tahun lepas. Sebelum memegang jawatan itu, beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori