Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib, Jack Ma Lancar...

SEPANG — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengasas/ Pengerusi Eksekutif...

Anggota Polis Maut Kereta...

BATU PAHAT - Seorang anggota polis maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan...

Malaysia 1 Dibida Pada...

PUTRAJAYA - Nombor siri pendaftaran kenderaan khas 'Malaysia 1' dibida pada harga RM1,111,111...

Mesyuarat UMNO Berlangsung Petang...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan berlangsung di ibu pejabat...

Kes Denggi Meningkat Lebih 200% Bagi 2 Bulan Pertama Di Pahang

KUANTAN – Pahang mencatatkan peningkatan lebih 200 peratus kes demam denggi bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini iaitu 618 kes berbanding 201 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan Pahang Dr Zainal Ariffin Omar berkata, dalam masa yang sama dua kes kematian dilaporkan berlaku iaitu masing-masing satu kes di Bentong dan Bera.

“Kuantan mencatatkan bilangan kes demam denggi tertinggi dengan 427 kes iaitu 69 peratus daripada jumlah keseluruhan, diikuti Temerloh (76 kes), Jerantut (42), Maran (30), Bera (18), Raub (sembilan).

“Lipis (enam), Bentong (lima), Pekan (empat) dan Rompin (satu) manakala Cameron Highlands tiada mencatatkan sebarang kes,” katanya kepada pemberita dalam majlis mesra bersama media anjuran Jabatan Kesihatan Pahang di sini, hari ini.

Pada masa ini katanya, masih terdapat enam kawasan wabak denggi yang aktif di Pahang yang mana lima daripadanya terkawal manakala satu lagi lokaliti dikategorikan sebagai ‘hotspot’ iaitu di Taman Pasdec Jaya, Indera Mahkota 2, Kuantan yang telah mencatatkan lapan kes demam denggi dalam tempoh berkenaan.


Zainal berkata, Jabatan Kesihatan negeri juga telah mengeluarkan 129 kompaun dengan nilai denda sebanyak RM64,500 dan 104 Notis Seksyen 8 juga telah dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi pembiakan aedes.

Bagi tempoh Jan hingga 21 Feb tahun ini juga katanya, sebanyak 225,854 premis telah dilakukan pengkabutan.

“Pemeriksaan pembiakan nyamuk aedes turut dilakukan ke atas 58,113 premis manakala 17,547 premis juga telah dibubuh abate bagi pemusnahan jentik-jentik,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori