Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

5,000 Motosikal Berkuasa Tinggi...

KLANG - Sebanyak 5,000 motosikal berkuasa tinggi akan berhimpun di Shah Alam sempena...

Kadar Tol Lebuhraya Lingkaran...

KUALA LUMPUR - Kadar tol di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) akan dinaikkan...

Usop Wilcha Nafi Bermasam...

SEBELUM ini menerusi laporan gosip sebuah akhbar ada menyatakan pelakon Usop Wilcha dan...

Papan Kekunci Tukar Peranti...

PENGGUNAAN peranti pintar bagi melakukan kerja-kerja pejabat nampaknya sudah semakin sama dengan penggunaan komputer...

Siaga Komprehensif Bendung Ancaman Tradisional

KUALA LUMPUR – Meningkatkan dan mengekalkan kesiagaan komprehensif semua aset pertahanan merupakan satu daripada empat cara bagi membendung ancaman tradisional dalam abad ke-21, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata Malaysia sentiasa memastikan aset-aset pertahanannya dikemas kini dari segi perkakasan selain memperkukuh semangat dan kapasiti anggota keselamatannya.

“Senjata terbaik di dunia tidak dapat membantu jika tentera kita tidak mampu dan bersedia untuk bertempur.

“Apabila ‘aset teras’ kita diberi motivasi, aset pertahanan lain diselenggara dengan baik dan dipertingkat secara rutin mengikut tempohnya, pada masa itulah kita mencapai keadaan kesiagaan komprehensif yang akan membolehkan kita menghadapi ancaman keselamatan tradisional dalam abad ke-21 dan berjaya mengatasi potensi konflik,” katanya dalam ucap tama pada Wacana Belia Antarabangsa KL 2017 (KLIYD 2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Hishammuddin berkata cara lain bagi mengurang ancaman tradisional adalah dengan memperkenal mekanisme dan pengurusan membendung ancaman; sokongan dan pembangunan berterusan institusi multilateral melalui pelbagai saluran; serta kepimpinan yang rasional, responsif dan bertanggungjawab.

Beliau berkata langkah membendung serangan adalah yang paling berjaya digunakan dalam kempen menentang kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Negara Islam atau Daesh, dan Malaysia sendiri amat komited dalam menangani punca akar umbinya dengan menggabungkan pendekatan secara lembut selain kekuatan ketenteraan.

“Kami sudah lama sedar bahawa mengebom pengganas supaya menyerah diri atau menghapusnya secara menyeluruh tidak akan menyelesaikan ancaman keganasan, sebaliknya ia mungkin menggalakkan lagi mereka yang bersimpati dengan pengganas untuk bertindak,” katanya.


Menurutnya Malaysia perlu terus menyokong dan membangunkan institusi-institusi multilateral termasuk ASEAN bagi memudahkan integrasi perdagangan dan ekonomi selain menjaga keamanan.

Dari segi kepimpinan, Hishammuddin berkata para pemimpin mestilah membuat keputusan berani di sebalik risiko yang sudah dihitung dengan teliti serta menggesa pengikut supaya berkompromi dan meningkatkan diri daripada melayani kehendak segelintir pihak.

Sementara itu, beliau berkata antara ancaman keselamatan tradisional utama pada masa ini adalah peningkatan kerentanan berikutan wujudnya kawasan bermasalah di rantau ini; pertikaian rumit berhubung wilayah legasi pelbagai pihak berkepentingan; berleluasanya persaingan senjata serta bertambahnya populisme autoritarian.

KLIYD 2017 merupakan platform bagi belia berdialog tentang isu-isu semasa dengan para pemimpin. Kali ini, ia membincangkan tentang ancaman masa depan berkaitan ekstremis, keselamatan makanan serta keselamatan siber. – BERNAMA

Kategori