Sunday, January 5, 2025

Creating liberating content

Dua Beranak Rentung Dalam...

TAWAU - Dua beranak rentung apabila rumah mereka di Tanjung Batu di sini...

Polis Tumpaskan ‘Geng Amir’...

KEMAMAN - Berpakaian wanita, berjubah dan berpurdah itu antara modus operandi yang digunakan...

KKM Bakal Perluas Pembayaran...

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperluaskan penggunaan pembayaran dalam talian, e-pembayaran,...

Penjawat Awam, Pesara Perlis...

KANGAR - Penjawat awam di Perlis akan menerima bayaran khas RM1,500 manakala pesara...

Kibar Jalur Gemilang Setiap Masa Bukti Cinta Negara

KENINGAU – Rakyat seharusnya mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa sebagai menterjemah kesetiaan dan kecintaan kepada negara, kata Pegawai Penerangan Daerah Keningau Hendry Nurdin.

Beliau berkata pengibaran Jalur Gemilang tidak sepatutnya bermusim atau hanya dilakukan pada bulan Ogos sahaja, sebaliknya, setiap rakyat perlu merasa bangga untuk terus mengibarkan bendera negara di premis atau kediaman masing-masing pada setiap masa.

“Mengibarkan Jalur Gemilang adalah sekecil-kecil pengorbanan rakyat terhadap negara,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menyerahkan Jalur Gemilang kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Banjar pada program Kembara Merdeka Negaraku 2017 peringkat bahagian Pedalaman Atas di sini hari ini.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) Keningau Celestine Jetony, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Liawan Sahanip Jamil, Naib Ketua UMNO Bahagian Keningau Amir Jani dan Guru Besar SK Banjar Jinili Ramli.

Mengenai program itu, Hendry berkata aktiviti tahunan Jabatan Penerangan itu bertujuan menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini.

Beliau berkata seramai 90 peserta daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan menyertai program kembara itu yang akan berlangsung selama dua hari mulai hari ini dengan menggunakan 25 kenderaan pacuan empat roda dan 11 motosikal.


Hendry berkata kesemua peserta akan melalui tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Keningau iaitu Liawan, Bingkor dan Tambunan.

“Kami akan singgah di beberapa kampung terpilih sepanjang perjalanan,” katanya.

Menurutnya, jabatan itu akan memberi sumbangan wang tunai RM3,000 kepada setiap DUN terlibat melalui pemimpin pembangunan masyarakat masing-masing sebagai kegunaan pelbagai aktiviti rumah ibadah, sekolah dan belia. – BERNAMA

Kategori