Monday, January 6, 2025

Creating liberating content

Polis Masih Giat Kesan...

KUALA LUMPUR - Siasatan dan pencarian alat Radiografi Industri (RDD) mengandungi isotop radioaktif...

Dua Pasangan Suami Isteri...

SUNGAI PETANI - Dua pasangan suami isteri antara lima individu ditahan bersama 6,165...

Ziana Zain Enggan ‘Buka...

MESKIPUN diasak bertubi-tubi namum penyanyi bersuara gemersik iaitu Ziana Zain tetap enggan mendedahkan...

3 Kenderaan JPJ Musnah...

KUALA KANGSAR - Tiga kereta milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan dua kereta...

Kilang Bateri Mahu Muncul Sebagai Ikon Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Tersenarai sebagai 11 lokasi membeli-belah terbaik yang wajib dikunjungi oleh TripAdvisor, Kilang Bateri yang hampir dua tahun ditubuhkan, mahu menjadi wajah Johor Bahru, dengan fokus utama mengangkat lebih banyak jenama tempatan ke pasaran.

Menggunakan media sosial sebagai platform penjenamaan, ia berjaya berkembang dengan pantas hanya dalam tempoh enam bulan, malah menjadi tempat popular untuk berkumpul, terutama dalam kalangan golongan muda.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut berkunjung ke Kilang Bateri untuk melihat sendiri usahawan yang kebanyakannya dari golongan muda, menggunakan konsep ekonomi merdeka atau ‘indienomics’.

Prihatin serta terharu dengan perjuangan mereka, Najib yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan Tabung Dana RM2 juta berbentuk geran yang akan disalurkan oleh Khazanah Malaysia untuk membantu usahawan kecil ini melebarkan sayap mereka.

Pengasas Bersama Kilang Bateri, Johan Arifin Mohd Ropi, berkata tujuan awal Kilang Bateri diwujudkan adalah untuk menyediakan platform kepada orang muda mengekpresikan diri mereka selain menghimpunkan jenama-jenama tempatan untuk dikembangkan dan diperluaskan.

“Pusat membeli-belah biasanya mengambil masa hingga empat tahun untuk menyelaras dan menstruktur semula perniagaan mereka, namun di Kilang Bateri ia tidak sampai dua tahun,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Bertitik tolak dari itu, pihak pengurusan Kilang Bateri yang mendapati jenama-jenama tempatan semakin berkembang, sentiasa membuat penambahan jenama bagi memenuhi kehendak pengunjung dan memenuhi aspirasi penubuhan Kilang Bateri itu sendiri.

Menurut Johan, Kilang Bateri disifatkan sebagai satu ‘pusat membeli-belah unik’, berbeza dengan pusat-pusat membeli-belah sedia ada, kerana ia bergerak atas kehendak dan ketentuan masyarakat dan pengunjung, terutama di media sosial.

“Keadaan Kilang Bateri pada masa hadapan juga akan ditentukan oleh pengunjung dan pengikut kami,” katanya.

Buat masa ini, Kilang Bateri dalam proses menyusun semula pasaran dan akan lebih proaktif dalam mengetengahkan jenama tempatan kerana mahu berperanan sebagai inkubator kepada usahawan.

“Kita mahu setiap pengunjung yang datang akan merasai sendiri apa sebenarnya ‘citarasa’ Johor, kerana Kilang Bateri itu adalah ikon Johor Bahru, ia lain daripada yang lain, lebih-lebih lagi 90 peratus daripada pengikut kami terdiri daripada rakyat negeri Johor.


“Kita mahu Kilang Bateri menjadi tempat yang wajib dikunjungi setanding JPO, Legoland dan sebagainya, dan kami mahu pergi lebih tinggi kerana apa yang kami perjuangkan ialah usahawan-usahawan di Kilang Bateri.

Menurutnya peniagaan yang dijalankan merupakan perjuangan untuk jenama-jenama tempatan agar mereka mampu berdikari dengan menjadikan Kilang bateri sebagai batu loncatan untuk masuk ke dalam pasaran perdana dan bukan untuk keuntungan semata-mata.

Beliau menjelaskan kesemua peniaga di Kilang Bateri terdiri dari perniagaan permulaan, dengan ada dalam kalangan mereka yang pertama kali membuka perniagaan dan belum mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

Johan berkata setiap jenama tempatan di Kilang Bateri mempunyai pengikut mereka sendiri dan akhirnya setiap jenama menjadi pelengkap antara mereka, sekali gus mewujudkan suasana persaingan yang sangat sihat.

Selain itu, antara kelainan di Kilang Bateri ialah penganjuran aktiviti ‘Bateri Arts Week’ dan ‘Hobby Week’ pada setiap minggu pertama dan minggu ke empat yang bakal menghimpunkan peminat kebudayaan, seni dan persembahan, selain memperbanyak penglibatan usahawan dalam aktiviti yang dijalankan.

“Ini akan membantu golongan belia, terutama yang memiliki perniagaan di Kilang Bateri, mempunyai rasa kepunyaan selain menyemai cara berfikir secara analitikal,” katanya.

Kilang Bateri terletak di Tampoi, didirikan di bekas tapak kilang bateri Eveready, yang diubah suai menjadi pusat membeli-belah yang menawarkan pelbagai produk tempatan.

Terdapat 184 lot perniagaan di kawasan seluas 33,000 meter persegi itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori