Monday, November 18, 2024

Creating liberating content

23 Artis Lama Ikuti...

SEPANG - Seramai 23 penggiat seni antaranya Sahara Yaacob, Zaiton Sameon, Ayati Tasrip,...

Ditangkap Orang Awam Selepas...

JOHOR BAHRU - Seorang jurukimpal berputih mata apabila ditangkap orang awam ketika cuba...

Adik Mangsa Nahas Duke...

NAMA Yana yang difahamkan merupakan salah seorang ahli kelab Familia Myvi Club (FMC)...

Video: Warga Emas Dirompak,...

AMAT kurang ajar...Satu rakaman video memaparkan seorang warga emas dipukul dan dirompak beberapa...

Kilang Proses Kenaf Di Setiu Mula Operasi Awal 2019

KOTA BHARU – Kilang pemprosesan kenaf berskala besar bernilai RM25 juta milik Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), dijangka mula operasi selewat-lewatnya awal 2019.

Ketua Pengarah LKTN Samsuddin Noor berkata kilang yang dibina di Taman Industri Perabut Saujana Setiu, Terengganu itu, kini di peringkat akhir dan hanya menunggu mesin memproses komoditi tersebut.

“Dengan wujudnya kilang berkenaan, banyak barangan separuh siap yang berasaskan tumbuhan kenaf untuk keperluan industri akan dapat dihasilkan,” katanya kepada pemberita selepas Program Ikrar Bebas Rasuah Peringkat LKTN di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, seramai 341 kakitangan LKTN melafaz ikrar untuk tidak terbabit dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Samsuddin berkata setakat ini, kawasan tanaman kenaf berjaya diperluaskan kepada 2,200 hektar di seluruh negara dan menjangka ada lagi pihak yang akan terlibat mengusahakan tanaman kenaf.

Beliau berkata di bawah Pelan Induk Industri Kenaf, lembaga menyasarkan 2,000 hektar adalah hasil tanaman pekebun dan selebihnya daripada pihak swasta.

“Kita akan kembangkan penanaman kenaf dalam skala besar kerana inilah masa sesuai kerana rantaian nilai dalam industri ini sudah hampir lengkap.


“Kenaf adalah sumber pertumbuhan ekonomi baharu negara dan dijangkakan permintaannya amat tinggi di seluruh dunia. Daripada rekod jualan berasaskan kenaf mencatatkan sebanyak hampir RM2 juta tahun lalu tetapi pada 2018 kita jangka akan berjaya membuat jualan sebanyak RM3 juta hingga RM5 juta,” katanya.

Sementara itu, Samsuddin berkata sejak LKTN ditubuhkan pada 2010 hingga kini, tiada kakitangannya yang terlibat dengan kes rasuah dan salah guna kuasa.

“Kita ada peranan dalam memberikan bantuan kepada kumpulan sasar dan sudah tentu timbul pelbagai perkara dan sekiranya tiada peraturan jelas atau prosedur, tidak mustahil berlaku penyalahgunaan kuasa,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Kenaf

Kategori