Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Selangor Tidak Guna Pusat...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu kerajaan Selangor tidak lagi...

Siap Baik Pulih 52...

LIPIS - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah membaiki 52 buah rumah...

Saya Berubah Bukan Sebab...

SEJAK pulang dari menunaikan haji tahun lalu, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad mengakui...

PH Tak Perlukan PAS...

KAJANG - Pakatan Harapan (PH) tidak memerlukan PAS sebagai rakan sekutu yang baharu,...

KKLW Peruntuk RM171.4 Juta Sedia Bekalan Air Bersih

MARANG – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntuk sebanyak RM171.4 juta untuk menyediakan kemudahan bekalan air bersih dan terawat di kawasan luar bandar di Semenanjung tahun ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKLW, Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Tunas berkata ia termasuk projek sistem retikulasi bekalan air yang dijangka melibatkan 1,000 buah rumah.

“Pada tahun lepas, sebanyak RM58 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan projek sistem retikulasi bekalan air yang melibatkan 1,042 unit rumah di Semenanjung.

“Dari jumlah itu, sebanyak 97 peratus telah siap dan penduduk yang terlibat telah pun menikmati kemudahan bekalan air bersih yang terawat berbanding sebelum ini yang mereka menjadikan telaga sebagai sumber bekalan air untuk kegunaan di rumah,” katanya kepada pemberita.

Beliau menghadiri majlis penyerahan projek sistem retikulasi bekalan air luar bandar negeri Terengganu kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, A Latiff Awang di sini hari ini.

Sementara itu A Latiff yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri berkata projek sistem retikulasi itu telah memberi manfaat kepada 426 rumah di 26 kampung seluruh Terengganu dengan kos keseluruhan sebanyak RM4.2 juta.


“Di Marang pula, sebanyak 139 rumah terlibat dengan projek ini dengan anggaran 695 penduduk dari lima kampung iaitu Kampung Penempatan Baru Serating, Kampung Seberang Bukit Payong, Kampung Batu Kelikir Jerung Surau, Kampung Surau Haji Daud dan Kampung Baroh Pinang Tok Rimau.

“Saya berharap projek yang baru disiapkan ini dapat dijaga dengan baik dan memudahkan penduduk menjalani kehidupan seharian agar semua urusan dapat dilakukan dengan pantas dan selesa.

“Ini adalah satu lagi kemudahan infrastruktur yang disediakan kerajaan untuk semua rakyat terutama di kawasan luar bandar agar mereka turut menikmati bekalan air bersih sama seperti penduduk di kawasan lain,” katanya. – BERNAMA

Kategori