Tuesday, September 10, 2024

Creating liberating content

Lelaki Pulang Ke Rumah...

BENGKULU - Penduduk kampung Desa Rindu Kedui di sini, gempar selepas seorang lelaki tiba-tiba...

Ahmad Zahid Rasmi Ekspo...

KUALA TERENGGANU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

PRN: Pulak Dah DAP...

KUCHING – Barang kali tersentak dengan cabaran Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan...

Melaka Tarik Kedatangan 15.7...

MELAKA - Kira-kira 15.7 juta pelancong berkunjung ke Melaka sepanjang tahun lepas, angka...

Koleksi Peribadi Sultan Terengganu Di Muzium Diraja

KUALA LUMPUR – Lebih 60 bahan dalam koleksi peribadi Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin buat julung kalinya dipamerkan di Muzium Diraja, Istana Negara Lama, di sini hingga 2 Mac tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Baharin A. Kassim, berkata barangan yang ditampilkan termasuk pakaian, alat-alat kebesaran dan aksesori perhiasan diraja.

Beliau berkata koleksi dipamerkan itu telah diperkenankan baginda sendiri dan mula dibuka kepada umum pada Sabtu lepas (10 Dis).

“Orang ramai berpeluang melihat sendiri koleksi ini secara dekat dan mengenali sisi lain baginda sebagai seorang pemerintah yang berjiwa rakyat dan aktif bersukan.

“Koleksi ini dapat diperlihatkan kepada umum dengan kerjasama Istana Syarqiyyah Kuala Terengganu dan Lembaga Muzium Terengganu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Koleksi Terpilih Raja-Raja Melayu (Sultan Terengganu) di sini hari ini.


Antara bahan menarik adalah sut skuba, uniform juruterbang SUKHOI, tanjak, bengkung, dan set kutleri santapan diraja.

Kamarul Baharin berkata pameran yang mensasarkan 30,000 pengunjung itu bertujuan mendidik masyarakat umum khususnya generasi muda mengenai sejarah institusi Raja-Raja Melayu di Malaysia.

Muzium Diraja dibuka setiap hari dari 9.30 pagi hingga 5 petang kecuali pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Bayaran masuk ialah RM5 bagi warganegara Malaysia dan RM10 bagi pelancong luar negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori