KPDNKK Pantau Peniaga Selepas Pelaksanaan GST

TUMPAT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April ini.

Sehubungan itu, Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad mengingatkan para peniaga supaya mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010.

“Kita sudah siap sedia, kita tidak akan bertolak ansur dan akan ambil tindakan terhadap peniaga yang didapati mencatut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahmud Mahyiddin di sini, hari ini.

Alias berkata setakat ini, pihaknya mendapati 86 peratus rakyat negara ini memahami mengenai GST.

Selain itu, pihaknya melakukan 395,000 pemeriksaan di seluruh negara menerusi Ops Catut sejak awal tahun ini.

“Sebanyak 157 kes dilaporkan kerana didapati mempunyai kecenderungan untuk mencatut dan kita telah keluarkan notis kepada peniaga,” katanya.

Sementara itu, Alias berkata semua pihak perlu bekerjsama dalam usaha membendung kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan terutamanya petrol dan diesel.

“Kita perlu bekerjasama di bawah Strategi Lautan Biru Negara (NBOS) dengan agensi penguatkuasaan lain. Jika perlu meletakkan pegawai KPDNKK di pintu masuk negara, kita akan bincang,” katanya sambil menjelaskan pihaknya bertindak mengetatkan lagi penjualan petrol dan diesel di kawasan sempadan. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin...

Pengusaha, Penternak Ayam Telur Diberi Pinjaman Lunak

KUALA LUMPUR : Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan pinjaman lunak kepada pengusaha dan penternak...

Kemas Kini Alamat Untuk Elak Kekeliruan Di Hari Mengundi

KUALA LUMPUR : Sebarang pertukaran alamat tempat tinggal perlu dikemaskini segera dengan Jabatan Pendaftaran...

Usul Bahas Saham Azam Tiada Dalam Aturan Mesyuarat

KUALA LUMPUR - Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan...

Rakyat Terus Minta Luluskan KWSP RM10,000

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus...

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya...

‘MetMalaysia Keluar Enam Amaran Tapi Tak Diendahkan’

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan, yang...