Saturday, January 4, 2025

Creating liberating content

8 Remaja Panjat Papan...

IPOH - Lapan individu yang melakukan aksi berbahaya memanjat papan tanda perkataan `Ipoh' di...

Kejadian Bilal Dibakar Diklasifikasi...

ALOR SETAR - Kes simbah dan bakar bilal Masjid Al Hasanah, Taman Rakyat...

Gunung Berapi Meletus Di...

SYDNEY - Gunung berapi yang meletus di timur Papua New Guinea mengakibatkan debu...

2 Maut, 2 Cedera...

COLLEGEDALE - Dua maut dan dua lagi cedera apabila sebuah pesawat ringan terhempas...

KPTM Lahirkan Lebih 32,000 Graduan Berkualiti Sejak 32 Tahun

PUTRAJAYA – Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) telah melahirkan seramai 32,486 graduan berkualiti sejak penubuhannya 32 tahun lalu, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sepanjang tempoh tersebut, KPTM yang merupakan satu daripada sembilan Institut Pendidikan Tinggi (IPT) milik Majlis Amanah Rakyat (Mara) turut melahirkan ramai alumni yang menyandang jawatan besar sama ada di sektor awam atau swasta.

Ia termasuk Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Abdul Farid Alias, katanya.

“Sementara itu, peratusan graduan yang berjaya menempatkan diri dalam sektor pekerjaan berdasarkan Laporan Sistem Pengesanan Graduan KPTM 2013/2014 adalah 79.7 peratus,” katanya ketika berucap pada majlis konvokesyen ke-32 Kolej Poly-Tech Mara di sini hari ini.

Konvokesyen ke-32 KPTM berlangsung selama tiga hari mulai hari ini sehingga 30 Nov membabitkan 5,809 graduan peringkat ijazah, diploma dan sijil profesional.

Pada majlis tersebut Nur Afifa Hazwani Mohamed Raziff, 21, dipilih sebagai penerima Anugerah Platinum iaitu anugerah tertinggi yang diberi kepada pelajar cemerlang KPTM.

Anak pertama daripada lima beradik itu menamatkan pengajian dalam Diploma Pengurusan Perniagaan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.00 dan kini berkhidmat sebagai Eksekutif Pemasaran di sebuah hotel di Bangi, dekat sini.


“Kejayaan ini adalah rezeki dan berkat doa ibu bapa serta pensyarah. Rahsia saya jangan kedekut untuk berkongsi ilmu dengan pelajar lain,” katanya sambil menambah mahu menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di luar negara.

Sementara itu Ummi Kalthum Idris, 19, yang dipilih menerima Anugerah Khas Ketua Pegawai Eksekutif tidak menolak status sebagai anak kepada seorang menteri memberi tekanan kepadanya untuk mencatat keputusan cemerlang.

Anak kepada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh itu berkata sepanjang tiga tahun mengikuti program profesional Persijilan Akauntan Teknikal-Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (CAT-ACCA) beliau tidak menyembunyi ataupun mendedahkan tentang dirinya.

“Ada (kawan atau pensyarah) yang tahu dan ada yang tak tahu. Kalau yang tidak kenal tidak apa, tapi kalau tahu buat macam biasa sahaja,” katanya.

Anak bongsu daripada lima beradik itu yang lebih mesra dipanggil Ummi kini merancang untuk melanjutkan pengajian lebih tinggi dalam bidang perakaunan di London. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]oD51Afok_lI[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • KPTM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori