Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Kepimpinan Bersatu Di Sabah...

KOTA KINABALU - Kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Sabah mengumumkan keluar...

Disney, Fox Tolak Tuntutan...

NEW YORK - Walt Disney Co dan Twenty First Century semalam menolak tuntutan...

Kumpulan Militan IS Rejam...

KUMPULAN militan Negara Islam (IS) bertindak ganas dengan merejam pasangan gay sampai mati...

Persiapan Pasukan Kelantan Tidak...

KOTA BHARU - Persiapan untuk membentuk pasukan Kelantan yang baharu bagi menghadapi saingan...

Kualiti Hidup Masyarakat Orang Asli Meningkat

KLUANG – Kualiti kehidupan masyarakat Orang Asli dilihat semakin meningkat sehingga menyaksikan masyarakat itu tidak lagi dilihat sebagai penerima tetapi menjadi penyumbang kepada pembangunan dan ekonomi negara.

Senator Orang Asli Datuk Isa Ab Hamid berkata beliau tidak mahu ia terhenti di situ, malah mahukan kejayaan dikecapi berterusan dalam pelbagai bidang arus perdana.

“Kalau kita lihat dari sisi lain, semakin ramai Orang Asli yang berjaya dalam keusahawanan dan koperasi, selain berjaya dalam sektor profesional serta bidang-bidang baru seperti sukan dan politik.

“Kita tidak mahu kejayaan ini berhenti di sini sahaja tetapi mahu pembangunan hala tuju yang berterusan. Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang harus diperkasakan sekarang iaitu pembangunan pendidikan, sosio ekonomi, pengurusan dan kualiti pembangunan tanah untuk meningkatkan kualiti penempatan,” kata beliau.

Isa juga berharap agar hasrat untuk memperkasakan kepimpinan belia diteruskan memandangkan golongan itu merupakan tulang belakang kepada transformasi nasional.

“Kita lihat (pembangunan) Orang Asli semakin berkualiti. Kalau dahulu, kita lihat belia lebih terjebak dengan alkohol, keciciran dan pengangguran tapi saya lihat belia hari ini sudah ada matlamat untuk berjaya dan bekerjaya dengan usaha yang dilaksanakan kerajaan, katanya.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Meraikan Kemenangan Anugerah Desa Perdana Peringkat Kebangsaan dan Negeri di Kampung Pengkalan Tereh, di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Johor Wan Asim Wan Sekh.

Selain itu, Isa juga memuji kepimpinan negeri ini yang sentiasa komited dalam pembangunan dan menaik taraf kehidupan masyarakat Orang Asli di Johor.


Beliau juga berkata masyarakat Orang Asli di negeri antara yang berjaya dengan konsep muafakat Johor yang menggerakkan konteks perpaduan dalam arus perdana.

“Inilah untungnya ada kepimpinan yang baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri, mudah untuk kita membangunkan masyarakat Orang Asli serta dengan keprihatinan kerajaan negeri terhadap nasib masyarakat ini,” kata Isa.

Sementara itu, Tok Batin Kampung Pengkalan Tereh, Jarih Uni berkata kemenangan kampung berkenaan adalah hasil komitmen semua pihak terutama penduduk kampung.

Ini menjadi kekuatan kampung sehingga berjaya dinobatkan sebagai Johan Kategori Kampung Orang Asli dan kami berterima kasih atas sokongan yang turut diberi oleh kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori