Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Ekspo Tawar Lebih 100,000...

KUALA LUMPUR - Agensi perumahan kerajaan persekutuan dan negeri akan mengadakan ekspo perumahan...

300,000 Penerima BSH Beri...

KUALA LUMPUR – Sehingga hari ini, seramai 3 juta penerima Bantuan Sara Hidup...

Kisah Cinta Sehidup Semati...

KOTA BHARU - Ibarat sehidup dan semati. Hasrat seorang warga emas Kelantan, Zaharah...

Aeril Zafrel Dikritik Kongsi...

TINDAKAN Aeril Zafrel memuat naik foto bogel yang dikaitkan denganya di Instagram sendiri...

Laluan Gerik Ke Jeli Dibuka 12 Tengah Hari Tadi

KUALA LUMPUR – Jalan raya Timur Barat dari Gerik ke Jeli (Perak-Kelantan) sudah dibuka pada 12 tengah hari tadi, dua hari lebih awal daripada sasaran asal Rabu ini.

Ini susulan kerja pembaikan dan membina lencongan yang dilakukan berikutan tanah runtuh yang berlaku di laluan itu pada 23 Disember akibat hujan lebat berterusan sejak 20 Disember lalu, berjaya disiapkan lebih awal.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam kenyataan berkata, kerja pembaikan dan membina lencongan laluan sementara di tiga seksyen di Perak iaitu di kilometer KM.69, KM.79 dan KM.87 berjaya disiapkan lebih awal oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak iaitu Sabtu lepas.

“Seksyen di KM.90 di Jeli, Kelantan yang paling rumit, disiapkan awal pagi ini selepas kerja dilaksanakan secara intensif 24 jam oleh JKR Kelantan melalui arahan kerja kepada syarikat konsesi terlibat,” katanya.

Fadillah berkata, pembinaan lencongan itu adalah langkah jangka pendek yang dilaksanakan kementerian bagi membolehkan pengguna melalui jalan berkenaan sebelum kerja pembinaan kekal dilakukan yang dijangka mengambil masa 24 bulan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori