Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

Dividen ASB Di Umum...

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd (PNB)...

PPS Tutup, Mangsa Banjir...

Kuantan : Banjir di Pahang pulih selepas tujuh mangsa terakhir yang menghuni Pusat...

Covid-19: UK Negara Eropah...

LONDON - Britain kini mengatasi Itali sebagai negara paling teruk terjejas di Eropah...

Zulin Aziz Akui Tak...

DALAM usia yang menjangkau 28 tahun, pelakon dan juga penyampai radio, Zulin Aziz...

Larangan Merokok Di Taman Awam Perlu Diperkasa

KUALA LUMPUR – Orang awam mahu kempen pewartaan taman-taman awam sebagai tempat larangan merokok yang bermula 1 Februari lalu, diperkasa dan diperluaskan.

Tinjauan Bernama di taman-taman awam sekitar ibu kota mendapati masih ramai yang tidak mengetahui mengenai pewartaan tersebut malah masih ada yang merokok di kawasan berkenaan.

Guru tadika Nur Izzati Amira, 25, berkata pihak berkuasa perlu memperbanyakkan papan tanda dan papan iklan di kawasan itu sebagai medium menyampaikan informasi mengenai larangan tersebut.

“Mungkin ada yang tidak peka dengan berita mengenai pewartaan ini menyebabkan mereka tidak tahu, jadi bila dipaparkan di sini mereka akan tahu.

“Papan tanda larangan juga boleh berfungsi sebagai peringatan kepada perokok dan orang lain juga boleh menegur perokok dengan menunjukkan papan tanda itu nanti,” katanya kapada Bernama di sini hari ini.

Pereka grafik N.Pravin, 38, pula mencadangkan promosi melalui media sosial yang dilihat lebih berkesan dalam menyampaikan maklumat secara lebih cepat dan menyeluruh selain tidak melibatkan kos yang tinggi.

Kempen Larangan Merokok Di Taman Awam Perlu Diperkasa

“Perlu ada idea bijak dalam kempen misalnya video yang kreatif serta cogan kata yang menarik, lebih kasual dan sesuai dengan jiwa generasi muda… kalau cukup kreatif boleh jadi tular, sekali gus kempen itu berjaya,” katanya.


Sementara itu, pengurus kedai kopi Azwan Tukiman, 26, berharap pemeriksaan secara berkala oleh pihak berkuasa dijalankan dengan lebih kerap selepas penguatkuasaan iaitu hukuman denda yang bermula 1 Jun ini.

“Kempen perlu seiring dengan pemantauan yang konsisten kerana walaupun usaha meningkatkan kesedaran telah dibuat, ia bukannya terus boleh mengubah mentaliti masyarakat dengan mudah,” katanya.

Taman-taman awam dan taman negara diwartakan sebagai tempat larangan merokok bermula 1 Februari lalu di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan 2017.

Ia melibatkan taman-taman awam di seluruh negara, taman negara yang diwartakan di bawah Akta Taman Negara 1980, Enakmen Taman Negara Kelantan, Enakmen Taman Negara Pahang atau Enakmen Taman Negara Terengganu serta taman-taman negeri seperti dalam jadual kesembilan peraturan itu.

Melalui pewartaan Kementerian Kesihatan itu, semua kawasan di taman awam adalah dilarang merokok kecuali tempat letak kereta terbuka dan mereka yang melakukan kesalahan boleh didenda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun berkuat kuasa 1 Jun ini. – BERNAMA

Kategori