Saturday, November 30, 2024

Creating liberating content

LTTE: ADUN Seremban Jaya...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, melepas dan membebaskan Ahli...

Parti Komponen BN Digesa...

SUNGAI SIPUT - Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan masalah dalaman...

Kerajaan Teliti Semula Bajet...

KEMAMAN : Kerajaan akan meneliti semula Bajet 2023 dalam merangka bajet baharu yang...

Kakitangan KTMB Kenaikan Gaji...

KUALA LUMPUR - Seramai 862 kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menerima...

Lebih 1,000 Unit Rumah RBN Dalam Proses Pembinaan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,183 unit rumah di bawah program Rumah Bina Negara (RBN) sedang dalam proses pembinaan di sembilan lokasi seluruh negara, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya jumlah itu merangkumi sebahagian daripada 1,675 permohonan yang diterima Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA).

Ismail Sabri berkata Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pula telah meluluskan 158 permohonan RBN daripada 1,626 permohonan yang diterima sehingga kini.

“Sejumlah 81 unit rumah kini dalam pembinaan, manakala 16 unit telah siap,” katanya semasa waktu pertanyaan menteri (MQT) pada Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.


Beliau menjawab soalan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) mengenai jumlah permohonan bagi program RBN mengikut agensi bertanggungjawab iaitu FELCRA dan RISDA serta perkembangan terkini program perumahan itu. – BERNAMA

Kategori