Wednesday, December 25, 2024

Creating liberating content

Shafie Apdal Gesa Putrajaya...

DALAM satu kenyataan hari ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie...

Senarai Calon MCA PRU14...

KUALA LUMPUR - MCA kini dalam peringkat akhir menyenaraikan calon yang akan mewakili parti itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Presidennya Datuk Seri...

T.O.P Masih Mampu Senyum...

ANGGOTA kumpulan Big Bang, T.O.P telah disingkirkan daripada menjalani latihan khidmat ketenteraannya selepas...

Keyakinan Perniagaan Jepun Terhadap...

KEYAKINAN perniagaan di Malaysia dalam kalangan syarikat Jepun yang beroperasi di sini terus...

Lebih 100,000 Pemilik Kebun Getah Belum Miliki Kad PAT-G

HULU TERENGGANU – Lebih 100,000 pemilik dan pengusaha kebun getah di seluruh negara masih belum berdaftar dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi memiliki kad khas Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G).

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata pendaftaran itu penting bagi membolehkan mereka menikmati program Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang dilaksanakan kerajaan bagi meringankan beban mereka ketika harga getah dunia lebih rendah daripada harga lantai yang ditetapkan.

“Pada tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM63 juta untuk insentif itu kepada semua pekebun kecil getah di seluruh negara.

“Pada tahun ini pula, RM250 juta telah diperuntukkan kerajaan untuk pelaksanaan pembelian harga lantai kepada pekebun kecil getah yang mempunyai kad PAT-G tersebut…kerana itu kami mahu mereka mendaftar dengan LGM untuk mendapat kemudahan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan banjir LGM dan Program Sembang Getah di warung Kampung Tok Lawit di sini, hari ini.


Lima puluh pekebun kecil getah dari tiga kampung di daerah itu menerima bantuan RM300 sekali sahaja, bagi seorang.

Mengulas lanjut beliau berkata setakat ini seramai 349,132 pemilik dan pengusaha kebun getah telah berbuat demikian dan mereka menikmati insentif IPG tahun lepas.

Untuk rekod, pekebun kecil akan menikmati manfaat program IPG apabila harga getah SMR20 turun lebih rendah daripada RM5.50 sekilogram dan harga getah beku mangkuk menurun lebih rendah daripada RM2.20 sekilogram. – BERNAMA

Kategori