Lebih 600 Penduduk Terjejas Banjir Di Perak

BERUAS – Seramai 532 mangsa daripada 115 keluarga di Manjung dipindahkan ke empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berikutan banjir di beberapa kampung, sejak awal pagi tadi.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata empat PPS terlibat dibuka sejak 10.40 malam tadi dan antara kampung terlibat adalah Kampung Padang Tembak di Lumut; Kampung Batu 3, Batu 4 dan Batu 5 di Segari; Kampung Parit Marikan, Kampung Pantai Tin, Kampung Tebuk Yan dan Taman Pantai Wang di Pantai Remis.

“Hujan lebat sejak semalam dan air pasang penuh menyebabkan banjir, malah beberapa kawasan yang sebelum ini tidak dinaiki air turut terjejas berikutan keadaan cuaca yang tidak berapa baik ini.

“Kita sudah melakukan persiapan awal dan penduduk juga sudah dipindahkan dengan jabatan terlibat bagi membuat pemantauan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat pusat pemindahan di Kampung Sungai Batu, Pantai Remis, dekat sini.

Zambry berkata pihaknya sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan hingga kini hujan masih turun di kawasan terjejas.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan seramai 102 mangsa terjejas banjir di mukim Slim River di Muallim.

Kenyataan itu menyebut seramai 18 mangsa kini berada di Dewan Orang Ramai Kampung Ulu Slim, Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Muda (36) dan Dewan Orang ramai Kampung Lintah (48). – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...