Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ian Somerhalder, Nikki Reed...

PASANGAN pelakon Ian Somerhalder dan Nikki Reed dilaporkan sudah berkahwin pada hujung minggu...

Hampir 20 Hektar Hutan...

PEKAN - Hampir 20 hektar kawasan hutan di Jalan Pekan-Nenasi-Rompin dari Tanjung Batu...

BN Sudah Menang 9...

MELAKA : Sehingga jam 8.30 malam ini, Barisan Nasional (BN) sudah menguasai sebahagian...

Sabun Antibakteria Tidak Cegah...

BADAN Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) memberi amaran kepada orang ramai...

Lelaki Lepas Tembakan Dalam Restoran Makanan Laut

IPOH – Seorang lelaki melepaskan satu das tembakan di dalam sebuah restoran makanan laut dua tingkat di Medan Ipoh di sini, malam tadi, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10.05 malam itu, suspek yang memakai topi kaledar masuk ke aras bawah restoran berkenaan lalu melepaskan tembakan ke arah siling kedai.

“Kejadian berlaku kurang daripada seminit, selepas itu suspek terus melarikan diri.

“Semasa kejadian hanya terdapat tiga pelanggan serta seorang pekerja di dalam restoran,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian malam tadi.

Menurut Sum pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam premis berkenaan dan beberapa kedai di kawasan sekitar untuk mencari petunjuk.


“Kita juga rakam percakapaan pekerja, pemilik restoran serta kedai bersebelahan dan ini adalah kes pertama melibatkan premis ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori