Lelaki Maut Ditetak Di Taman Rekreasi, George Town

GEORGE TOWN – Seorang lelaki, dipercayai rakyat asing ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di hadapan sebuah tokong di Taman Metropolitan, Relau di sini hari ini.

Mayat lelaki berusia 30-an itu ditemui seorang guru wanita yang sedang beriadah dalam kawasan rekreasi itu pada pukul 10 pagi. Tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata terdapat beberapa kesan tetakan pada tubuh lelaki itu antaranya di pipi, leher dan kedua-dua belah tangan manakala telinga kirinya putus.

“Berdasarkan kecederaan mangsa, dia dipercayai mempertahankan diri dalam pergelutan itu dengan menahan tetakan menggunakan kedua-dua tangannya.

“Kami juga percaya penyerangnya lebih daripada dua orang dan mereka bersenjatakan parang,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Mazlan berkata berdasarkan keadaan mayat lelaki itu, polis percaya rakyat asing berkenaan mati kurang daripada tempoh 12 jam dan kejadian antara pukul 2 pagi dan 5 pagi.


Beliau berkata polis juga mengesyaki suspek kejadian itu adalah dalam senarai individu dikehendaki polis berdasarkan modus operandi pembunuhan namun beliau enggan mengulas lanjut mengenainya.

Ditanya sama ada kemungkinan kejadian itu melibatkan rakyat Myanmar, beliau hanya berkata mangsa dipercayai rakyat asing kerana tiada kesan suntikan BCG pada lengannya.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata terdapat kesan seperti diseluk pada poket seluar yang dipakai lelaki itu dan dia mungkin disamun kerana tiada barang berharga seperti dompet dijumpai.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...