SEORANG lelaki maut dalam keadaan tragis selepas terjatuh dalam mesin membuat acuan di sebuah kilang di Prai, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 1.25 tengah hari itu, mangsa, Loo Chin Hong, 56, meninggal dunia selepas kakinya tersepit dalam penggelek acuaan hingga paras pinggang.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, ketika kejadian mangsa dilaporkan sedang membaiki salah satu peralatan yang rosak di situ.
Jelasnya, siasatan mendapati mangsa berdiri di kawasan ‘rest bar’ di situ sebelum terjatuh ke dalam mesin acuan yang sedang beroperasi.
“Mangsa menjerit meminta pertolongan dan tidak sedarkan diri sebelum dibantu rakannya.
“Kaki mangsa tersepit sehingga ke paras pinggang,” katanya.
Mangsa disahkan meninggal dunia setibanya di Hospital Seberang Jaya. – MYNEWSHUB.CC