Sunday, January 5, 2025

Creating liberating content

Polis Keluar 22 Saman...

TAIPING - Polis mengeluarkan 22 saman terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan trafik...

Lebih 600 Penduduk Terjejas...

BERUAS - Seramai 532 mangsa daripada 115 keluarga di Manjung dipindahkan ke empat...

Pembangkang Di Selangor Gagal...

KUALA LUMPUR - Pembangkang di Selangor gagal mencapai dan meniru persefahaman politik serta...

Polis Sarikei Cari Saksi...

SARIKEI - Pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut...

Lelaki Warga Nepal Ditahan Selepas Ugut Polis Dengan Pisau

MELAKA – Polis berjaya menahan seorang lelaki warga Nepal selepas kira-kira dua jam mengugut anggota polis dengan pisau dan mencederakan dirinya di sebuah pangsapuri di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata sebelum kejadian, lelaki berusia 30-an yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah kilang di sini dipercayai dalam keadaan mabuk sebelum bergaduh dengan beberapa rakan senegaranya yang menghuni rumah sama.

Beliau berkata suspek turut menumbuk cermin di rumah itu sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian tangannya.

“Polis menerima panggilan pada kira-kira 2 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian dan mangsa yang tiba-tiba panik dengan kehadiran polis mengambil pisau dan mengacukan kepada anggota terlibat.


“Polis juga bertindak mengepung laluan keluar di tingkat satu pangsapuri itu untuk menahannya yang semakin bertindak agresif sebelum berjaya ditahan pukul 4 pagi tadi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=Cz1CEVJesPQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori