Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PKR Kemuka Anwar Sebagai...

KUALA LUMPUR - Spekulasi siapa Perdana Menteri terus menimbulkan tanya tanya selepas Ahli...

SPRM Sah Buka Fail...

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan sudah membuka fail...

Tengkorak Milik Bekas Anggota...

Kuala Lumpur - Serpihan tengkorak manusia dengan kesan terbakar yang ditemui di tempat...

Berjaya Beli Rumah Dengan...

MEMBELI kediaman sendiri memerlukan masa untuk mengumpul wang tetapi berbeza dengan wanita dari...

Liga Super: Kedah Perlu Perbaiki Permainan

ALOR SETAR – Kedah tidak boleh berpuas hati dengan kemenangan ke atas Kuala Lumpur pada saingan Liga Super sebaliknya perlu terus memperbaiki kelemahan yang masih membelenggu pasukan, kata Pengurus pasukan Syed Khairol Anuar Syed Abidin.

Beliau berkata antara yang boleh dilakukan adalah menukar formasi atau rentak permainan agar setiap pergerakan pemain tidak mudah dihidu oleh pihak lawan.

“Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada pemain yang bersungguh- sungguh bermain sehingga mendapat tiga mata berharga untuk berada di kelompok atas liga, ” katanya kepada pemberita selepas perlawanan malam tadi di Stadium Darul Aman di sini yang menyaksikan Kedah menang 3-2 ke atas Kuala Lumpur.

Syed Khairol Anuar berkata anak buah ketua jurulatih Mohd Nidzam Adzha Yusoff itu juga perlu bijak mengatasi kelemahan yang ada dan tidak membiarkan pasukan pelawat membuat serangan hingga boleh menjaringkan gol.

“Formasi kena berubah di minit 60 hingga 70 jika kita sedar ada kelemahan untuk mencorakkan semula permainan dengan lebih lancar dan teratur, ” katanya.


Keputusan malam tadi menjadikan Kedah kekal di kedudukan keempat liga dengan berkongsi 27 mata dengan pasukan Pahang yang kini berada di kedudukan ketiga, manakala Perak dengan 28 mata di tempat kedua dan JDT terus mengungguli dengan 41 mata.

Kedah akan bertemu PKNS pada 26 Jun ini di Alor Setar, namun dijangkakan beberapa pemain seperti Mohamad Syawal Nordin, Sandro Da Silva, Halim Shaari dan Muhammad Ariff Farhan Mohd Isa tidak dapat diturunkan akibat kecederaan. – BERNAMA

Kategori