Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Kes Kemalangan Op Selamat...

SHAH ALAM : Sebanyak 1,163 kemalangan direkodkan dalam tempoh tiga hari Op Selamat...

Rehat Cukup Bantu Nur...

KUALA LUMPUR - Rehat yang baik dan tidur secukupnya membantu Nur Durriyah Damian...

Ahmad Idham Dilantik CEO...

KUALA LUMPUR - Pengarah dan pelakon Ahmad Idham dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif...

Jeb Bush Gelar Donald...

LAS VEGAS: "Donald Trump merupakan calon presiden yang huru hara," begitulah luahan Gabenor...

Loji Rawatan Air Kg Kimolihing Beroperasi Semula

KOTA KINABALU – Loji Rawatan Air Kampung Kimolihing yang dihentikan sementara operasinya berikutan kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur yang melanda Ranau Isnin lalu, telah beroperasi semula malam tadi.

Jurutera Jabatan Air Ranau, Anthony Jullah berkata ketika ini dianggarkan 50 sehingga 60 peratus bekalan air telah pulih di sekitar kawasan pekan Ranau.

Pada masa ini bekalan air sedang disalurkan secara berperingkat dan dijangka pulih tengah hari ini di seluruh kawasan pekan Ranau dan kawasan berhampiran, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun, Anthony berkata, penduduk di kawasan luar pekan Ranau masih belum menerima bekalan air paip ekoran Loji Rawatan Air Kampung Bambangan belum beroperasi kerana masih dalam proses baik pulih.


“Loji ini mengalami kerosakan teruk akibat banjir lumpur yang membawa serpihan kayu balak,” katanya.

Menurutnya, setakat ini dianggarkan 20 sehingga 30 buah kampung dengan 1,500 pemegang akaun masih mengalami gangguan bekalan air. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • loji

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori