Tuesday, December 17, 2024

Creating liberating content

Apa Lagi? Kalau Presiden...

SEPATUTNYA isu kalah perlawanan pertama dengan Lubnan pada 13 Jun lalu, mendorong kita...

Madonna Gagal Halang Seluar...

PENYANYI terkenal, Madonna semalam gagal dalam usahanya menghalang lelongan barangan peribadi miliknya termasuk...

Unit Udara Bomba &...

MARANG - Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersedia menghadapi bencana...

Warga Asing Curi Bot...

ALOR GAJAH - Tiga lelaki dipercayai warga asing ditahan kerana mencuri bot nelayan...

Longkang Tersumbat Punca Banjir Kilat Di Kampung

JELEBU – Longkang tersumbat dan sungai cetek, selain jumlah hujan yang luar biasa, dipercayai menjadi punca kepada banjir kilat yang berlaku di Kampung Juntai, Simpang Pertang dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Negeri Sembilan Datuk Jalaluddin Alias berkata tinjauannya di lokasi berkenaan mendapati selain sampah-sarap, longkang di kawasan tersebut juga dipenuhi dengan rumput-rampai.

“Saya sudah meminta pihak berkaitan untuk mengambil tindakan segera bagi membersihkan semua kawasan-kawasan aliran air terutama di lokasi yang kita kenal pasti mudah dilanda banjir seperti di Kampung Juntai.

Sungai dan longkang di kawasan tersebut perlu dibersihkan segera supaya air tidak bertakung dan banjir kilat tidak berlaku lagi,” katanya kepada Bernama di selepas menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Putra, Simpang Pertang dekat sini hari ini.

Jalaluddin berkata agensi dan jabatan berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Kerja Raya perlu bersama-sama mencari jalan penyelesaian jangka panjang kepada masalah banjir kilat.

“Kalau perlu untuk mendalamkan dan meluaskan sungai, maka tindakan itu perlu dibuat segera,” katanya.

Terdahulu, Jalaluddin turut meluangkan masa melawat mangsa banjir di Kampung Juntai serta menghulurkan bantuan wang tunai dan keperluan makanan kepada tujuh keluarga yang terlibat.


Beliau yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Jelebu berkata pihaknya bersama-sama agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menjalankan misi pasca banjir, membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Kampung Juntai kekal 28 orang daripada tujuh keluarga.

PPS itu mula dibuka pada 3.45 pagi semalam susulan rumah mangsa mula dinaiki air berikutan hujan berpanjangan selama tiga jam sejak 5 petang kelmarin, menyebabkan air Sungai Teriang melimpah ke kawasan perkampungan terbabit. – BERNAMA

Kategori