Thursday, December 5, 2024

Creating liberating content

1MDB: Tiada Surat Jaminan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menegaskan bahawa surat jaminan...

Kelonggaran Syarat Lulus BM...

MELAKA - Kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu (BM) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...

2 Lagi Projek Naik...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya meluluskan dua lagi projek menaik taraf terowong...

Lagi Gempa 6.5 Skala...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Ritcher melanda South...

Lori Tangki Minyak Sawit Hilang Kawalan Terbalik

SEREMBAN – Seorang pemandu lori menghadapi detik cemas selepas lori yang dipandunya dengan muatan 25,000 liter minyak kelapa sawit hilang kawalan lalu terbalik di selekoh​​​​​​ Jalan Paroi-Senawang, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang Nurazhim Mohd Shah berkata kemalangan pada 12.16 tengah hari itu turut menyebabkan tumpahan kira-kira 10,000 liter minyak di lokasi tersebut.

“Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila lori yang dipandu hilang kawalan ketika melalui selekoh menuju ke Senawang dari arah Kuala Pilah, dan pemandu lori yang terlibat tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada Bernama.

Nurazhim berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.17 tengah hari dan tiba 10 minit kemudian bersama tujuh anggota serta sebuah jentera.

“Kerja-kerja pemindahan minyak, pengalihan lori dan pembersihan minyak menggunakan serbuk kayu sedang giat dijalankan,” katanya.


Sementara itu, pemandu lori Norazam Johari, 49, berkata dia sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang dari Bahau dan kejadian berlaku begitu pantas.

“Saya intai dari cermin sisi lori nampak tangki mula terumbang-ambing, keadaan tidak dapat dikawal sehingga lori terus terbalik,” katanya. – BERNAMA

Kategori