Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tergamak Bunuh, Simen Mayat...

BUNUH dan sembunyikan mayat dalam tong plastik air sebelum disimen.Itu tindakan kejam seorang...

Bicara Ubah Perintah Nafkah...

SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini menetapkan 16 Mei...

Kim Jong Un Dakwa...

PEMIMPIN tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un mendakwa beliau berjaya menemui penawar bagi...

Timbang Masalah Penduduk Sebelum...

PETALING JAYA - Seorang wakil rakyat Selangor hari ini memohon Lembaga Perumahan dan...

Mahkamah Tolak Saman Oleh Bekas Isteri Ghafar Baba

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman yang difailkan oleh bekas isteri allahyarham Tun Ghafar Baba terhadap seorang ahli perniagaan dan isterinya kerana dikatakan melanggar kontrak membabitkan sebidang tanah.

Hakim Datuk Hue Siew Keng membuat keputusan itu selepas memutuskan bahawa saman oleh D. Heryati Abdul Rahim, 55, difailkan di luar tempoh masa.

Hue berkata Heryati telah memfailkan saman itu tahun lepas sedangkan beliau sepatutnya memfailkannya dalam tempoh enam tahun dari tarikh kontrak yang dikatakan dilanggar pada 2005.

“Dengan memfailkan saman itu tahun lepas, plaintif telah memfailkannya di luar tempoh masa,” kata beliau dan memerintahkan Heryati membayar RM30,000 sebagai kos kepada Tan Sri Lau Ban Tin dan isterinya Puan Sri Mary Lee Siew Cheng, yang diwakili oleh peguam Ravin Woodhull.

Ketika ditemui pemberita, peguam M. Moghan yang mewakili Heryati berkata anak guamnya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Pada 5 Feb tahun lepas, Heryati memfailkan saman terhadap kedua-dua mereka kerana kegagalan di pihak mereka untuk memindahkan pemilikan lapan hektar tanah di Jelebu kepadanya berdasarkan perjanjian pada 20 Jun 2000.

Beliau mendakwa bahawa pada masa itu, beliau masih isteri kepada bekas timbalan Perdana Menteri dan memiliki bersama saham-saham dalam syarikat Zamrudvest Sdn Bhd, yang mengendalikan francais di bawah “EON Dealers and Franchise”.


D. Heryati juga mendakwa bahawa sekitar tahun 2000, beliau dan Ghafar memutuskan untuk menjual perniagaan itu kepada defendan pada harga RM300,000.

Plaintif mendakwa transaksi itu tidak termasuk penjualan tanah di Jelebu (dimiliki oleh syarikat), dan bahawa pemilikan sepatutnya dipindahkan kepada beliau sebaik sahaja geran individu dikeluarkan.

Beliau mendakwa bahawa berdasarkan rekod rasmi pejabat tanah, (tanah) itu dipindahkan kepada Lau pada 19 Feb 2004, dan pada 16 April, 2013, kepada Tengku Ramli Tengku Mohd Kamil.

Beliau menuntut Lau mengembalikan hak milik tanah itu atau sebagai alternatif membayar pampasan berjumlah RM1 juta. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • saman

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori