Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Melaka Tingkat Kemudahan Di...

MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka akan mempertingkat dan menambah baik kemudahan serta keperluan...

Majlis Menghargai Penyokong JDT...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) akan menjadikan Majlis Penghargaan...

Fathia Latiff Bengang Dituduh...

PELAKON jelita, Fathia Latiff melahirkan rasa bengangnya di laman sosial Instagram berkenaan tajuk artikel...

Banjir Di Kedah Pulih,...

SUNGAI PETANI - Banjir di Kedah pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan terakhir di...

Majlis Daerah Bagan Datuk Kini Beroperasi – Zahid

BAGAN DATUK — Majlis Daerah Bagan Datuk (MDBD) kini secara rasmi mengambil alih peranan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) dalam hal ehwal pentadbiran daerah tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan penubuhan MDBD itu telah diluluskan pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak dua minggu lalu.

Beliau berkata kelulusan itu sekali gus memudahkan rakyat di daerah ke-12 dalam negeri ini menjalankan segala urusan hal ehwal pentadbiran yang kini berpusat di Simpang Tiga, Rungkup.

“Ertinya selepas ini kita akan dapat uruskan hal ehwal kita sendiri tanpa bergantung pada pihak lain lagi,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal sempena sambutan 100 Tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sumun di sin, malam ini.

Sebelum ini, Bagan Datuk berada di bawah Daerah Hilir Perak bersama Teluk Intan yang ditadbir di bawah pentadbiran MPTI.


Sementara itu bersempena sambutan 100 tahun SK Sungai Sumun, Ahmad Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada sekolah itu bagi kemudahan sekolah itu.

Menurutnya, peruntukan tersebut bagi tujuan menaiktaraf bangunan sekolah berusia satu abad itu, dewan terbuka baharu dan infrastruktur lain yang diperlukan pihak sekolah. – BERNAMA

Kategori