Monday, January 6, 2025

Creating liberating content

Mereka Akan Hancurkan Islam...

KUALA LUMPUR - Musuh Islam sedang sesak nafas dan sebak dada menyaksikan terdapat...

PAS Sokong Waktu Bekerja...

KUALA LUMPUR - PAS menyokong cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) agar waktu...

Tanam Bulu Kemaluan, Kegilaan...

Tidak dapat dinafikan bagi sesetengah individu di Korea Selatan, pembedahan plastik mampu mengubah...

Lelaki Ditahan, ‘Bungkus’ 12...

SITUASI ini boleh disamakan dengan pepatah 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga'.Kes...

Malaysia Masih Jalankan Kajian Tentang Teknologi Nuklear

GEORGE TOWN – Malaysia masih menjalankan penyelidikan meluas tentang teknologi nuklear, dan pada masa sama mendidik orang ramai mengenai tenaga itu.

Timbalan Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia (MNA) Dr Mohd Ashhar Kalid berkata berikutan itu, Malaysia tidak bercadang menggunakan nuklear sebagai sumber bagi menjana tenaga elektrik dalam tempoh terdekat.

“Kami belum bersedia untuk menerokai tenaga nuklear kerana kefahaman orang ramai tentang tenaga itu masih terlalu rendah.

“Banyak pihak yang masih belum bersedia mengenai tenaga nuklear,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Jangka Pendek Universiti Nuklear Dunia (WNU) di sini, hari Isnin.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan teknologi nuklear sebenarnya digunakan secara meluas termasuk dalam bidang perubatan, ujian makmal, kejuruteraan, penerbangan, alam sekitar serta tenaga hijau, yang bercanggah dengan kepercayaan bahawa nuklear hanya digunakan bagi membina senjata pemusnah bear-besaran.


Kursus itu, yang bertema ‘Gambaran Keseluruhan dan Topik Penting Dalam Dunia Industri Nuklear Hari Ini’, dianjurkan bersama oleh Universiti Sains Malaysia (USM), MNA dan WNU.

Objektifnya ialah untuk meningkatkan kepakaran institusi pendidikan nuklear baharu di Malaysia, di samping memenuhi keperluan bidang pendidikan dan latihan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Seminar tiga hari itu bermula hari ini dan dihadiri 60 peserta dari 22 negara serta tujuh pembentang kertas kerja mengenai teknologi nuklear. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori