JELI – Golongan belia dalam kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) digalakkan menggunakan Pusat Internet 1Malaysia untuk menjana pendapatan melalui perniagaan dalam talian.
Pengerusi Kesedar, Datuk Abdul Aziz Derashid berkata perniagaan seperti produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) lebih menguntungkan sekiranya dipasarkan melalui dalam talian berbanding kaedah konvensional setakat ini.
“Pusat Internet 1Malaysia menjadi platform untuk usahawan meluaskan pasaran produk IKS yang banyak diusahakan oleh penduduk di kawasan Kesedar,ā katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Internet 1Malaysia di Kampung Lata Janggut, di sini hari ini.
Abdul Aziz yang juga Anggota Dewan Udangan Negeri Kuala Balah, berkata Kesedar bersedia membantu golongan belia untuk terlibat dalam pelbagai bidang keusahawanan dan pemasaran melalui dalam talian.
āKesedar akan mendapatkan kerjasama daripada pihak berkaitan seperti Telekom Malaysia untuk memberikan bimbingan kepada golongan belia berkaitan perniagaan cara baharu tersebut,ā katanya. – BERNAMA