Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kadar Tarif Air Di...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah tidak menolak kemungkinan berlaku kenaikan kadar tarif...

Segera Selesaikan Masalah Dalaman...

BATU PAHAT - Dewan Pemuda PAS meminta kepimpinan parti menyelesaikan masalah dalamannya dengan...

Tiga Juta Ahli UMNO...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa seramai 3 juta ahli...

Bagilah ‘Makcik’ Kerusi Naib...

KUALA LUMPUR - "Bagilah makcik-makcik ini peluang. Kalau tak ada (makcik) tak adalah...

MARA Cadang Bina MRSM Ulul Albab Di Kok Lanas – Annuar

KOTA BAHARU – Majlis Amanah Rakyat (MARA) bercadang membina Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab (MRSMUA) di Kok Lanas di sini, yang dianggarkan bernilai RM50 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata MRSMUA itu akan menjadi sekolah berasrama penuh berorientasikan pengajian agama Islam kelima yang dibina oleh agensi berkenaan di negara ini.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada dasarnya sudah bersetuju dengan cadangan itu dalam satu perjumpaan dengan beliau baru-baru ini,” katanya ketika ditemui pada satu majlis baru-baru ini.

Anggota Parlimen Ketereh itu berkata MARA telah mengenal pasti kawasan seluas lebih 10 hektar di Kok Lanas bagi pembinaan MRSMUA itu.


Beliau berkata maktab itu akan menitikberatkan dua bidang pengajian utama iaitu akademik dan agama Islam dengan pengambilan pelajar pertamanya dijangka sebanyak 500 orang.

“Pembinaannya akan dibuat secepat mungkin dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

“Projek itu akan merancakkan pembangunan bandar baharu di Kok Lanas selain memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori