Thursday, December 5, 2024

Creating liberating content

Stadium Shah Alam Tetap...

SHAH ALAM: Stadium ikonik Selangor, Stadium Shah Alam yang boleh memuatkan kira-kira 80,300...

Harimau Malaysia Benam Papua...

SHAH ALAM - Skuad Harimau Malaysia bangkit daripada ketinggalan sebelum menang 2-1 ke...

Terima Kasih Warga HASiL

Ternyata Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASilL) bukan 'sembang kencang' mampu untuk mencapai...

Tak Perlu Lesen, Teruskan...

KUALA LUMPUR - Pengguna media sosial bebas menggunakan platform sedia ada seperti TikTok...

MARDI Membangun Pesat Selama 2 Dekad Di Sabah

KOTA KINABALU – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah membawa pelbagai pembaharuan dalam sektor pertanian selama dua dekad institut itu ditubuhkan di Sabah.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata MARDI Sabah turut membangunkan kemudahan infrastruktur seperti makmal analisis kimia berakreditasi dan makmal pemprosesan makanan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

“MARDI turut merangka strategi penting terutama membabitkan aktiviti promosi teknologi, latihan, pembangunan usahawan dan produk berasaskan bahan mentah tempatan bagi memperluas potensi industri pertanian negeri ini,” katanya.

Ahmad Shabery berkata demikian pada Majlis Pelancaran Orkid Hibrid MARDI dan Sambutan Dua Dekad MARDI Sabah di sini, hari ini. Teks ucapannya dibacakan Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI Datuk Fadil Osman.

Majlis pelancaran orkid hibrid itu diadakan sempena sambutan ulang tahun Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin yang ke-62.

tawfiq-tyt-600x400
Sambutan ulang tahun Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin yang ke-62.

Sejak ditubuhkan pada 1995, Ahmad Shabery berkata, MARDI Sabah telah memberikan kursus teknologi dan latihan amali kepada 10,000 penduduk tempatan selain khidmat nasihat teknikal dan bimbingan usahawan tekno kepada 50 usahawan pertanian dan asas tani setahun.


MARDI juga terlibat dalam projek ‘My Kampung My Future’, sebuah projek menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 seperti di Kampung Merotai Besar, Tawau, bagi membangunkan sistem pengeluaran produk amplang, khidmat teknikal pengeluaran Rock Melon dan sayuran serta cili secara fertigasi, katanya.

Menurutnya MARDI Sabah turut mencipta pelbagai inovasi dan teknologi baharu untuk pemprosesan makanan dan minuman berasaskan bambangan, pengeluaran rumpai laut, pengering rumpai laut prototaip dan teknologi penanaman padi aerob.

Teknologi dan inovasi baharu serta program dijalankan MARDI dilihat memberi manfaat seterusnya kesan signifikan terutama kepada usahawan industri kecil dan sederhana dalam bidang pertanian di Sabah, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MARDI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori