Tuesday, December 17, 2024

Creating liberating content

Covid-19: Mesin Dari China...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kit ujian pengesanan antigen dari Korea...

Jom Pesta CSR Iklan...

USAHAWAN kecil tidak akan mampu membelanjakan RM50 ribu hingga RM250 ribu untuk memiliki...

Mangsa Banjir Di Paitan...

KOTA KINABALU - Mangsa banjir di Pitas dan Paitan di Sabah kekal 824...

Melaka Cadang Tanam Pokok...

Kerajaan negeri Melaka berhasrat menanam pokok kurma di setiap masjid di negeri itu...

Masyarakat Di Kota Kinabalu Diajak Kibar Jalur Gemilang

KOTA KINABALU – Masyarakat di seluruh kawasan bandaraya ini diseru menunjukkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah mahupun di premis-premis perniagaan mereka sempena sambutan Bulan Kebangsaan ini.

Anggota Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin semangat itu wajar ditunjukkan bagi memperingati hari kebangsaan negara.

“Pengibaran Jalur Gemilang itu juga penting bagi memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama selari dengan tema sambutan tahun ini iaitu ‘Sayangi Malaysiaku’,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) peringkat Bandaraya Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Turut hadir, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Yeo Boon Hai, dan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Norzawiyah Bulka.

Sementara itu, Norzawiyah berkata program anjuran Jabatan Penerangan Sabah dan DBKK itu akan bermula di perkarangan Wisma Dang Bandang, Kota Kinabalu dan akan melalui lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum berakhir di Pekan Telipok kira-kira pukul 2 petang ini.


“Kita akan berhenti di setiap kawasan DUN iaitu Api-Api, Luyang, Likas, Inanam dan Karambunai untuk mengagihkan sekurang-kurangnya 100 Jalur Gemilang di setiap kawasan.

“Konvoi disertai oleh 15 kenderaan dan seramai 30 peserta diketuai oleh Pegawai Penerangan Kota Kinabalu, Peter Tong,” katanya.

Beliau berharap melalui program berkenaan semua lapisan masyarakan dapat sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sama ada di rumah, sekolah, premis perniagaan, rumah ibadat dan bangunan kerajaan atau swasta sepanjang bulan kebangsaan ini sehingga Sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan. – BERNAMA

Kategori