Warga Malaysia Pemurah Tingkatkan Bilangan Pengemis

KUALA LUMPUR – Sikap masyarakat yang kurang peka dalam membuat aduan menyumbang kepada peningkatan jumlah pengemis yang semakin berleluasa di negara ini, terutamanya di ibu kota.

Bercakap kepada Bernama, Pengarah Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) Roslan Baba berkata sikap masyarakat Malaysia yang pemurah dan suka memberi, membuka ruang kepada pengemis menyebabkan kehadiran mereka diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

“Walaupun pelbagai usaha dan tindakan penguatkuasaan telah dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat, namun ia suatu perkara yang sukar untuk menghentikan kegiatan itu.

“Orang ramai sepatutnya perlu melaporkan tentang aktiviti pengemis yang memberi perspektif negatif terhadap imej negara kita,” katanya mengulas dakwaan kewujudan sindiket pengemis yang mengaut jutaan ringgit hasil daripada aktiviti itu.

Roslan berkata pihaknya telah ‘menyelamatkan’ kira-kira 900 pengemis yang terdiri daripada warga tempatan dan warga asing sejak awal tahun sehingga September lepas.

Roslan berkata setiap pengemis warga asing yang ditahan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya, manakala pengemis tempatan akan dihantar ke Pusat Pemulihan Pengemis ‘Desa Bina Diri’ atau jabatan-jabatan tertentu untuk proses pemulihan dan rawatan kesihatan fizikal dan mental.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai dakwaan yang kononnya ‘King Pin’ sindiket pengemis itu telah lama bertapak di ibu negara.

“Kita tidak menerima sebarang laporan berkaitan isu ini, namun sekiranya pihak yang melaporkan mengenainya mempunyai bukti tentang dakwaan ini, mereka perlu tampil agar tindakan sewajarnya boleh diambil,” katanya.

Mengulas isu sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz, pihaknya sentiasa komited dalam memberi kerjasama kepada pihak berkaitan bagi membersihkan imej bandar raya ini daripada kumpulan yang tidak bertanggungjawab.


Berdasarkan tinjauan pendapat oleh Bernama, rata-rata warga kota mengakui sudah muak dengan modus operandi sindiket pengemis yang disifatkan mengambil kesempatan akan belas kasihan masyarakat.

Noriah Hasan, 34, pekerja syarikat swasta di ibu negara ketika ditemui berkata kebanyakan golongan ini meraih simpati dengan menunjukkan kekurangan fizikal seperti cedera atau kudung tangan dan kaki.

“Ya, kita kasihan dengan situasi yang mereka hadapi, tetapi tindakan sindiket yang mempergunakan mereka seolah-olah mereka rela diperlakukan sedemikian,” katanya.

Nawawi Nordin, 29, berkata golongan ini muncul kerana tindakan masyarakat sendiri yang terlalu bermurah hati membuatkan mereka menjadikan kegiatan itu sebagai pekerjaan tetap.

“Sikap masyarakat sebeginilah yang membuatkan pengemis menjadi lebih kaya daripada mereka yang berkerja makan gaji, justeru kita harus memberi kerjasama dengan pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan itu,” katanya.

Pensyarah universiti swasta itu menambah, mentaliti masyarakat berhubung isu pengemis ini perlu diubah dan kegiatan itu tidak harus dibiarkan begitu sahaja kerana negara sudah menghampiri status kelas pertama. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...