MBI Peruntuk RM14 Juta Naik Taraf Klana Resort Seremban

SEREMBAN – Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan memperuntukkan RM14 juta bagi menaik taraf Klana Resort Seremban, sebagai satu daripada usahanya untuk terus bersaing dalam sektor perhotelan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata proses naik taraf akan mengambil masa setahun dan dijangka siap penghujung tahun hadapan atau awal 2018.

“Industri perhotelan, mengikut kebiasaan, bilik-biliknya perlu dinaik taraf setiap lima tahun sekali tetapi di Klana Resort Seremban, hotel yang ditubuhkan pada 1992 ini tidak pernah dinaik taraf secara besar-besaran.

“Kali ini kita nak naik taraf kesemua 230 bilik di hotel ini yang dibuat secara berperingkat-peringkat bermula dengan suite keluarga,” katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Insentif Khas kepada 161 warga kerja Klana Resort Seremban di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar Klana Resort Seremban Md Yazid Mustaffa.

Mohamad berkata selain bilik, sistem penyaman udara, dewan bankuet dan bilik-bilik mesyuarat juga akan dinaik taraf, selain penambahan fasiliti seperti bilik gimnasium dan bilik permainan.


Beliau berkata selepas dinaik taraf kelak, pihak pengurusan akan memperkenalkan harga baharu bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan termasuk harga bilik.

“Industri perhotelan sangat kompetitif, jika kita tak naik taraf perkhidmatan dan tidak memperbaharui produk yang ditawarkan kepada orang ramai, kita akan ketinggalan.

“Kekuatan hotel ini terletak pada perkhidmatan makanan dan minuman, walaupun kadar penghunian sekitar 50 peratus sahaja, kita perlu pastikan kita cuba sedaya-upaya mendapat pulangan sebanyak mungkin daripada kadar bilik,” katanya. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...