Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

FAMA Sasar Jualan Pasar...

BESUT - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu menyasarkan nilai jualan produk pertanian...

Lt. Adnan: Bukit Chandu...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles PERMATANG Pasir Panjang di Singapura masih lagi seperti dulu...

Jingga 13 Desak Polis...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan propembangkang, Jingga 13 membantah tindakan pihak polis menahan ketuanya,...

PM Laos Diberi Sambutan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Laos, Dr. Thongloun Sisoulith diberi sambutan rasmi di Perdana...

Melaka Dilanda Banjir, Sebuah Pusat Pemindahan Dibuka

MELAKA – Sebuah pusat pemindahan banjir dibuka di Alor Gajah berikutan hujan lebat pada Ahad hingga awal pagi semalam yang turut mengakibatkan beberapa kawasan di Melaka dilanda banjir.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata sehingga 8 pagi ini, seramai 10 orang penduduk melibatkan dua keluarga dari Durian Tunggal dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Balai Raya Kampung Belimbing Dalam.

“Bencana menyebabkan air sungai di Belimbing Dalam melimpah sehingga mengakibatkan banjir bermula 4 petang semalam,” katanya yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan.

Beliau berkata cuaca di seluruh negeri dilaporkan mendung dan hujan renyai di beberapa kawasan, namun sehingga kini tiada tanda menunjukkan paras air meningkat.

Katanya agensi kerajaan termasuk Pejabat Daerah, APM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau keadaan dan akan memaklumkan keadaan dari semasa ke semasa. – BERNAMA

Kategori