Saturday, November 30, 2024

Creating liberating content

Remaja Maut Tercucuk Buluh...

MACHANG - Hasrat tiga sepupu bersiar-siar di sekitar kampung pagi tadi berakhir dengan...

Bekas Ketua Kampung, Rakan...

YALA - Seorang penyerang yang tidak dikenali menembak mati seorang bekas ketua kampung...

Pelantikan Kapten Izham Teraju...

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Bhd sekali lagi memperoleh peneraju baharu yang akan...

Khalid Nafi Tarik Balik...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menafikan laporan berita TV3...

Menara Taming Sari Sasar RM7.5 Juta Jualan Tiket Tahun Ini

MELAKA – Menara Taming Sari Bhd (MTSB) menyasarkan hasil jualan tiket berjumlah RM7.5 juta menjelang akhir tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Isnin Aman.

Beliau berkata sebanyak RM3.5 juta hasil jualan tiket berjaya dikutip daripada lebih 260,000 pengunjung antara Januari dan Jun tahun ini berbanding RM3 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Katanya sasaran berkenaan diyakini mampu dicapai melalui pelbagai usaha yang dilakukan, termasuk memperkenal pakej khas bagi tiket masuk dan pengangkutan dalam kawasan 15 kilometer dari menara setinggi 110 meter itu.

“Pakej ini berharga RM10 untuk warga Melaka, RM15 untuk mereka dari luar negeri Melaka dan RM20 untuk pelancong asing.

“Melalui pakej ini kita menyasarkan pelajar sekolah dan kampung atau komuniti setempat, di mana Bas Panorama akan disediakan kepada sekolah yang berminat untuk melakukan lawatan ke menara ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Isnin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Melaka Berhad (KMB), berkata sejak pakej tersebut diperkenalkan awal tahun ini, sebanyak 42 sekolah dan lapan kampung melibatkan 2,742 orang, melanggan pakej tersebut.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata KMB melalui MTSB dan beberapa agensi, termasuk Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Tourism Malaysia Melaka, akan menganjurkan hari tanpa kereta setiap Ahad di sekitar Banda Hilir yang dijangkakan bermula bulan depan (Ogos).


Katanya pada hari tersebut, hanya basikal sahaja akan bergerak di kawasan tersebut bermula di hadapan Menara Taming Sari yang meliputi kira-kira 15 kilometer dari 6.30 hingga 9.30 pagi.

“Usaha ini dilakukan sebagai tanda sokongan ke atas misi kerajaan ke arah negeri teknologi hijau,” katanya.

Beliau berkata sehingga kini, seramai 250 individu telah mendaftar untuk mengikuti program berkenaan.

Katanya sebagai tanda menghargai penyertaan, mereka akan diberi potongan 50 peratus harga tiket untuk mengunjungi Menara Taming Sari. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori