Mengemis Bawa Beg Kencing

JOHOR BAHRU – Berbeza dengan penampilan biasa kumpulan pengemis di sekitar bandar raya ini, seorang lelaki didapati mengemis dengan memakai beg air kencing.

Pengguna jalan raya, Irfanullah Abdullah,40, berkata, dia terkejut apabila terserempak lelaki warga emas berusia 60-an baru-baru ini, yang menggantung beg air kencing di bahagian perutnya.

Menurutnya, lelaki yang bergerak menggunakan tongkat itu didapati mengemis di persimpangan jejambat Johor Jaya berhampiran pusat beli-belah di Taman Desa Tebrau, di sini.

Katanya, dia yang memandu kereta ketika itu sempat berbual dengan lelaki warga tempatan terbabit.

“Dia yang mengemis dengan bergerak dari satu kenderaan ke kenderaan lain turut menghampiri kereta saya.

“Saya lihat dia kelihatan terseksa membawa bersama beg air kencing selain bergerak menggunakan tongkat,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu menyatakan yang dia sakit dan patah kaki.

Katanya, apabila disoal mengapa tidak ke hospital mendapatkan rawatan, lelaki itu menyatakan yang dia dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani rawatan di sebuah hospital.


“Dia mendakwa tiada rumah dan tiada wang untuk makan.

“Saya simpati melihat keadaannya yang tidak bermaya dan kehadirannya di situ boleh membahayakan dirinya selain pengguna jalan raya lain,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, Normawarni Mahat ketika dihubungi berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima maklumat berkaitan lelaki itu.

“Kakitangan kami akan mengambil tindakan sesuai dan berusaha mengesan lelaki itu,” katanya. – myMetro Online

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...