Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PRU15: Balasubramaniam Minta PAS...

JERANTUT : Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) memohon pimpinan parti memberi laluan wakil...

Hutang Kerajaan RM799.1 Bilion...

KUALA LUMPUR - Hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2019 adalah sebanyak RM799.1...

‘Saya Sedia Bertanggungjawab Atas...

JOHOR BAHRU : Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersedia mengambil...

Wajah Golden Girls Kini...

ANDA ingin mencari hadiah yang menarik dan istimewa? Mungkin anda boleh hadiahkan barangan...

Michelle Yeoh Sumbang 100,000 Euro Kepada Mangsa Gempa

KATHMANDU – Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh mengumumkan beliau akan menderma 100,000 Euro (RM408,000) sebagai untuk bantuan dan pemulihan kepada mangsa-mangsa gempa bumi Nepal, baru-baru ini.

Yeoh telah menyalurkan derma 100,000 Euro melalui Tabung Tindakan Kecemasan Nepal, Persatuan Sukan Automobil Nepal (NASA) bagi tujuan bantuan dan pemulihan mangsa gempa bumi, menurut NASA dalam satu kenyataan.

Yeoh ditemani pasangan Jean Todt, yang juga Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), tiba di Kathmandu pada Jumaat untuk menghadiri program NASA, francais FIA di Nepal.

Ini merupakan lawatan kedua beliau ke Nepal selepas memendekkan lawatan untuk pulang ke Perancis berikutan gempa bumi kuat di sini April lepas, menurut kenyataan itu.

Yeoh yang juga duta Global Make Road Safe yang diselaraskan FIA, melawat Nepal pada 23 April lepas untuk menyertai Kongres Sukan Serantau Asia anjuran FIA.

Beliau juga telah berjanji untuk melakukan yang terbaik untuk membantu lagi dalam pemulihan dan pembinaan semula di Nepal, menurut kenyataan itu.


Yeoh dan Todt juga bertemu dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon selepas gempa bumi itu dan meminta sokongan kepada mangsa-mangsa gempa bumi Nepal.

Nepal dilanda gempa bumi besar berukuran 7.9 pada skala Richter pada 25 April dan gegaran susulan yang kuat pada 12 Mei lepas.

Lebih 8,500 orang terbunuh, lebih 15,000 orang cedera dan harta bernilai berbilion-bilion dolar telah musnah akibat gempa bumi berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori