Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Warga Iran Dilepas &...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Iran hari ini terlepas hukuman gantung selepas...

Nelayan Lemas, Rakan Masih...

PONTIAN: Seorang nelayan ditemukan mati lemas manakala rakannya masih hilang ketika turun ke...

Pemain Prestasi Hambar Boleh...

KUALA LUMPUR – Pemain negara yang tidak berminat dan enggan berusaha keras boleh...

COVID-19: KKM Tak Saran...

PUTRAJAYA - Penggunaan teknik Rapit Test Kit (RTK) atau kit ujian pantas tidak...

Miliki Bahan Lucah, Pekerja Kilang Didenda RM7,000

IPOH – Seorang pekerja kilang didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana memiliki video dan gambar lucah dalam telefon bimbitnya dua tahun lepas.

Majistret Siti Hafiza Jaafar menjatuhkan hukuman ke atas K. K Ravi, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah memiliki telefon bimbit yang mengandungi video dan gambar lucah di Hotel Bajet Ipoh, September 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan lelaki itu menjalani hukuman penjara 12 bulan jika tidak membayar denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius dan menjijikkan.


Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Chiang Mei Wan yang mewakili tertuduh pula memohon mahkamah meringankan hukuman ke atas tertuduh kerana kesalahan itu pertama kali dilakukannya dan dia berjanji tidak akan mengulanginya lagi. – BERNAMA

Kategori