Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Taun Ragut 14 Nyawa...

LAGOS - Sekurang-kurangnya 14 maut di kem penempatan sementara di timur laut Nigeria...

Pakar Bedah Neuro Dilantik...

KUALA LUMPUR - Pakar bedah neuro (neurosurgeri), Datuk Prof. Dr. Ahmad Zubaidi A.Latif...

DFKL: Fasha Terkejut.. Sangka...

ANUGERAH Drama Festival Kuala Lumpur 2015 (DFKL2015) yang berlangsung malam tadi menyaksikan Rindu Awak...

Berjaya Beli Rumah Dengan...

MEMBELI kediaman sendiri memerlukan masa untuk mengumpul wang tetapi berbeza dengan wanita dari...

Misteri Ternakan Di Reban Hilang Terjawab

MARANG – Seorang penduduk Kampung Belubur, Rusila di sini, terkejut ketika menjumpai ular sawa batik sepanjang tujuh meter dengan lebih 100 kilogram (kg) dalam reban ayam miliknya, malam semalam.

Mohd. Syukri Abdul Rashid, 61, berkata, sebelum itu dia terdengar bunyi pelik datang dari arah reban ayam di bahagian belakang rumahnya kira-kira jam 10.30 malam dan keadaan ketika itu hujan.

“Saya kemudian buka lampu bahagian belakang dan keluar dari rumah untuk melihat. Sebaik saya sampai di reban itu, saya dapati ada seekor ular sawa besar sedang menelan seekor ayam jantan.

“Ini merupakan kali pertama saya jumpa ular sawa sebesar itu. Sebelum ni banyak ternakan saya mati termasuk dua ekor ayam belanda, tapi baru kali ni reptilia tu tak sempat pergi,” katanya.

Terkejut melihat keadaan tersebut, Mohd Syukri segera menghubungi pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marang dan beberapa ahli keluarga yang tinggal di kampung berkenaan untuk memaklumkan mengenai perkara itu.

Menurutnya, sekumpulan anggota APM Marang tiba sejurus kemudian dan ular itu berjaya ditangkap dengan bantuan beberapa pemuda.

“Ular tersebut diikat sebelum diangkat masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda APM Marang. Mujurlah ular sawa batik tu tak bertindak agresif, mungkin sebab dah kenyang telan seekor ayam jantan.

“Dengan tertangkapnya reptilia tersebut, ia menjawab persoalan dan misteri kehilangan ternakan saya pada waktu malam sebelum ini,” katanya sambil memberitahu kawasan sekitar kampung berkenaan adalah kawasan berpaya.


“Ada penduduk dah pernah terjumpa ular sawa saiz kecil dan sederhana. Tapi, kejadian ini adalah kali pertama mereka melihat ular sawa batik sebesar itu,” katanya.

Tambahnya, penduduk amat menghargai bantuan dan tindakan pantas tiga anggota APM Marang dengan kerjasama pemuda setempat berikutan penangkapan ular sawa itu.

“Penduduk kini tak perlu lagi risau mengenai kehilangan ternakan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai APM Marang, Mohd. Zabri Abd Razak berkata, reptilia itu kini ditempatkan di dalam kurungan di pejabat agensi berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak berkaitan dalam masa terdekat. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori