Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Selepas Dijulang Di Padang,...

MARCUS Rashford kembali ke sekolah setelah beberapa jam membantu pasukannya, Manchester United mengatasi Arsenal...

Bayi Berkepala Dua Dilahirkan...

KELAHIRAN bayi dengan dua kepala jarang berlaku namun baru-baru ini kecoh di media sosial...

Tragedi Memali Angkara Amanat...

KUALA LUMPUR - DAP mahu Presiden dan Ulama PAS, Datuk Seri Abdul Hadi...

Bergambar Pegang Hujung Telefon...

JIKA sebelum ini mengambil gambar secara selfie dan duckface menjadi trend, kali ini...

MK Land Bina 500 Rumah Mampu Milik Di Ipoh

IPOH – Pemaju hartanah, MK Land Holdings Bhd (MK Land) akan melancarkan 500 unit rumah mampu milik di Klebang dan Meru tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MK Land K. Mohanachandran.

Projek itu memfokuskan kepada pembinaan rumah mampu milik satu tingkat yang akan dijual pada harga kurang daripada RM300,000 seunit, katanya.

“Bagaimanapun perkara ini bergantung kepada kelulusan, sebab itu proses kelulusan sangat mustahak,” katanya.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci 171 unit rumah mampu milik MK Land di Klebang Putra di sini hari ini oleh Pengerusi MK Land Felina Mustapha Kamal.

Ditanya kesan kejatuhan nilai Ringgit kepada pembinaan rumah mampu milik, Mohanachandran berkata pihaknya kurang merasai impak tersebut memandangkan perjanjian telah dimeterai dengan kontraktor selain banyak projek telah siap dibina

“Bagaimapun yang masih dalam proses pembinaan mungkin ada kesan sedikit tapi tak banyak kerana barangan pembinaan menggunakan sehingga 60 dan 70 peratus keluaran tempatan,” katanya.

Beliau juga melahirkan rasa berterima kasih kepada kerajaan negeri Perak kerana sentiasa memnberi sokongan kepada MK Land sejak pemaju hartanah itu memulakan projek pertama mereka di Ipoh.


“Kalau dibandingkan dengan tempat lain, Perak sentiasa memberi sokongan dan kelulusan yang cepat dan itulah salah satu sebab MK Land terus melaksanakan projek di Perak dan dapat terus menyediakan rumah mampu milik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan negeri Perak serta Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dapat membantu pihaknya mendapatkan pemilikan tanah bagi membina jalan penghubung di antara Klebang dan Meru.

“Panjang jalan tersebut adalah 3.9 kilometer (km), setakat ini dari Klebang, kita sudah bina sepanjang 1.7 km dan dari Meru, sepanjang 500 meter telah disiapkan. Namun baki 1.7 km tidak dapat diteruskan kerana ia meliputi kawasan persendirian.

“Sehubungan itu kita berharap kerajaan negeri dan MBI dapat membantu kerana tanpa laluan tersebut pengguna perlu berpusing sejauh 8 km,” katanya.

Beliau berkata pembinaan jalan penghubung itu juga penting kerana dapat menjadi pemangkin bagi membangunkan kedua-dua kawasan dengan lebih pesat. – BERNAMA

Kategori